Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PUBG Mobile Beri Amaran Kepada Fortnite

PUBG Mobile Beri Amaran Kepada Fortnite

Diterbitkan Ogos 18, 2018 oleh Haikel Areff

Permainan video battle royale popular, Fortnite telah di bawa ke peranti Android buat pertama kalinya seiring dengan pelancaran Samsung Galaxy Note 9 pada minggu lepas. Ia akan kekal eksklusif bagi peranti itu selama sebulan sebelum diperkenalkan kepada peranti Android lain di masa akan datang.

Namun, baru-baru ini pesaing ketat mereka, PUBG Mobile telah memberi ‘amaran’ kepada Fortnite apabila telah berjaya mencapai jumlah muat turun sehingga 100 juta. Ia seolah-olah mahu menunjukkan bahawa mereka akan beri saingan yang lebih hebat di pasaran mudah alih selepas ini.

PUBG Mobile Beri Amaran Kepada Fortnite

Malah, mereka turut mempunyai sejumlah 14 juta pemain seluruh dunia secara purata setiap hari sejak dilancarkan pada bulan Mac yang lalu. Walaupun Fortnite telah mencapai jumlah muat yang sama pada bulan lalu, ia menandakan PUBG Mobile semakin diterima oleh penggemar permainan video mudah alih.

Perkara ini menidakkan ramalan Apptopia yang meramalkan PUBG Mobile hanya akan mencapai jumlah muat turun ini seawal-awalnya tahun hadapan.

PUBG Mobile Beri Amaran Kepada Fortnite

Akan tetapi, harus diingatkan bahawa permainan Fortnite sebelum ini hanya tersedia bagi peranti iOS sahaja. Maka, dengan pelancarannya bagi peranti Android yang semakin hampir, Tencent Games harus mencari strategi baru bagi terus menarik minat pemain terhadap PUBG Mobile.

Persaingan ketat antara dua permainan video ini pastinya sesuatu yang baik bagi pemain kerana kedua-dua pembangun, Tencent dan Epic Games pasti akan berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik pada permainan video mereka.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY