Perkhidmatan sewa konsol PlayStation 5 (PS5) semakin popular di Jepun kerana harga jualan rasmi yang tinggi menyebabkan ramai pengguna memilih untuk menyewa berbanding membeli.
Kedai GEO di Jepun mengesahkan permintaan terhadap sewaan PS5 jauh melebihi jangkaan, malah hampir semua unit telah habis ditempah untuk enam minggu ke hadapan.
Pengguna sanggup membayar serendah 980 yen (~RM31) untuk tempoh lapan hari, terutama untuk bermain permainan popular seperti Monster Hunter Wilds. GEO menyediakan perkhidmatan ini di 400 cawangan seluruh Jepun dengan setiap cawangan menawarkan kira-kira lima unit PS5 untuk disewa.

Walaupun jualan konsol PS5 secara rasmi di Jepun masih jauh ketinggalan berbanding Nintendo Switch, sambutan tinggi terhadap perkhidmatan sewa menunjukkan minat terhadap PS5 tetap kukuh.
Dengan harga PS5 mencecah sehingga 80,000 yen (~RM2,470) di Jepun, sewaan dilihat sebagai alternatif lebih menarik untuk pengguna yang inginkan pengalaman bermain PS5 tanpa perlu membelinya secara penuh.
Situasi ini turut menimbulkan semula populariti kedai sewaan fizikal yang memberi kemudahan segera kepada pengguna. Trend yang sama boleh berlaku di negara lain termasuk Malaysia, di mana harga rasmi PS5 bermula dari RM2,069 (Digital Edition) sehingga RM3,849 (versi Pro).
{suggest}