Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-27T173108.281

Harga Konsol, Alat Kawalan Xbox Naik Mendadak

Diterbitkan Mei 2, 2025 · Dikemas kini Mei 2, 2025 oleh Amalina Athman

Microsoft kini mengumumkan menaikkan harga untuk konsol Xbox Series S dan X, alat kawalan dan set kepala serta beberapa permainan baharu di seluruh dunia, berkuat kuasa 1 Mei 2025.

Kami memahami bahawa perubahan ini mungkin mencabar, dan keputusan ini dibuat setelah pertimbangan teliti terhadap keadaan pasaran dan peningkatan kos pembangunan.

Di Amerika Syarikat, harga Xbox Series X dinaikkan sebanyak $100, menjadikan harga baharu mencecah $599.99 (~RM2,593).

Harga bagi model Xbox Series S 1TB kini meningkat daripada $349.99 kepada $429.99. Versi digital Xbox Series X pula akan dijual pada harga $549.99, manakala edisi khas 2TB Galaxy Black mencatat harga yang jauh lebih tinggi iaitu $729.99 – naik mendadak berbanding harga sebelumnya iaitu $599.99.

xbox console price 2025

Pelarasan harga ini dilaksanakan secara global, kecuali untuk set kepala Xbox yang hanya menyaksikan peningkatan harga di pasaran AS dan Kanada sahaja.

Walaupun harga permainan kekal buat masa ini, pengguna boleh menjangkakan permainan eksklusif baharu daripada Xbox akan dijual pada harga sehingga $79.99 (~RM345) menjelang musim cuti nanti. Namun begitu, harga langganan Xbox Game Pass kekal tidak berubah.

Berkaitan

  • Varian Baharu Xbox Series S/X Akan Tersedia Oktober Ini
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • CEO Xbox Sahkan Rancangan Bawa Permainan Xbox Ke Nintendo Switch 2
  • CEO Xbox Dedah Kenapa Xbox Mahu Jual 'Game' Di PlayStation 5
  • Sony Umum Kenaikan Harga PlayStation 5 Di Empat Pasaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY