Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS5 live tv.jpg

PS5 Kini Ada Live TV Percuma Dengan Lebih 100 Saluran

Diterbitkan September 2, 2026 oleh Amsyar Latif

Sony kini memperkenalkan Live TV on PS5, ciri baharu yang membolehkan pengguna menonton lebih 100 saluran televisyen secara langsung secara percuma melalui konsol PlayStation 5.

Bagaimanapun, ciri tersebut buat masa ini hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat. Ia boleh diakses melalui tab Media pada PS5 dan menggunakan model free ad-supported streaming television (FAST), iaitu kandungan percuma yang disokong oleh iklan.

Menurut Sony, Live TV on PS5 menawarkan pelbagai kategori kandungan termasuk filem, rancangan TV, anime, sukan, berita, cuaca, gaming serta kandungan daripada pencipta.

Antara rakan kandungan yang terlibat termasuk Sony Pictures Television, Crunchyroll, FOX, NBCUniversal, NFL Channel dan UFC. Pengguna turut boleh menonton kandungan seperti The Walking Dead, Community, Hell’s Kitchen, Naruto, Sailor Moon, Hunter x Hunter dan Death Note.

Bagi kandungan sukan pula, antara saluran yang tersedia termasuk FOX Sports, NASCAR, NBC Sports Now, NFL Channel dan UFC.

Untuk mengaksesnya, pengguna hanya perlu membuka tab Media pada PS5, memilih ikon Live TV on PS5 dan log masuk menggunakan akaun PlayStation mereka. Sony berkata kandungan yang tersedia akan terus dikemas kini dari semasa ke semasa.

Pelancaran ini menjadikan PS5 bukan sekadar konsol permainan, tetapi turut berfungsi sebagai pusat hiburan yang menawarkan akses kepada kandungan televisyen langsung tanpa memerlukan langganan tambahan.

Buat masa ini, Sony belum mengumumkan tarikh pelancaran Live TV on PS5 di Malaysia.

Namun, syarikat itu memaklumkan sedang melihat kemungkinan untuk memperluaskan perkhidmatan tersebut ke Kanada dan rantau lain pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Sony, TSMC Umum Kerjasama Bangunkan Sensor Imej Telefon Pintar Generasi Baharu - Pengeluaran Dijangka Bermula 2029
  • Sony Masih Belum Tetapkan Tarikh Pelancaran PS6

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY