Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Masih Belum Tetapkan Tarikh Pelancaran PS6

Sony Masih Belum Tetapkan Tarikh Pelancaran PS6

Diterbitkan Ogos 18, 2026 oleh Amsyar Latif

Pelancaran konsol generasi seterusnya Sony, yang dijangka dikenali sebagai PlayStation 6 (PS6), mungkin berlaku lebih lewat daripada jangkaan awal susulan kekurangan komponen dan peningkatan kos perkakasan.

Dalam temu bual bersama The Wall Street Journal, Ketua Pegawai Eksekutif Sony, Hiroki Totoki mengesahkan syarikat itu masih belum menetapkan tarikh pelancaran PS6.

Sebelum ini, sebahagian penganalisis menjangkakan konsol generasi baharu PlayStation boleh dilancarkan pada 2027. Bagaimanapun, kekurangan komponen global kini menyebabkan jangkaan tersebut dinilai semula.

Antara cabaran utama ialah bekalan cip memori yang semakin terhad dan mahal akibat permintaan tinggi daripada pusat data kecerdasan buatan (AI). Industri teknologi ketika ini berdepan persaingan mendapatkan bekalan memori, dengan pengeluar perkakasan pengguna turut terkesan oleh kenaikan kos.

Totoki turut mengakui Sony perlu mengambil tindakan bagi menghadapi keadaan semasa yang turut melibatkan isu perdagangan global dan kos komponen.

Laporan sebelum ini mendakwa Sony mungkin mempertimbangkan untuk melancarkan konsol generasi baharunya pada 2028 atau 2029, berbanding jangkaan 2027. Namun, tempoh tersebut masih berdasarkan laporan dan jangkaan penganalisis, bukannya tarikh rasmi daripada Sony.

Sony sendiri setakat ini belum mengumumkan nama rasmi, spesifikasi, harga mahupun tarikh pelancaran PS6.

Oleh itu, laporan terbaharu ini juga tidak bermaksud Sony secara rasmi telah “menangguhkan” PS6 kerana syarikat itu tidak pernah mengumumkan tarikh pelancarannya sebelum ini.

PlayStation 5 dilancarkan pada 2020 dan Sony masih mempunyai asas pengguna yang besar untuk konsol tersebut.

Pada masa sama, pelancaran permainan besar seperti Grand Theft Auto VI pada November 2026 dijangka membantu mengekalkan permintaan terhadap PS5 menjelang generasi konsol seterusnya.

Berkaitan

  • “Akan Teruskan Peralihan Secara Berhati-Hati” - Sony Kekal Dengan Keputusan Hentikan Pengeluaran Cakera PlayStation
  • Sony, TSMC Umum Kerjasama Bangunkan Sensor Imej Telefon Pintar Generasi Baharu - Pengeluaran Dijangka Bermula 2029

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY