Operasi pengeluaran dijangka akan bermula pada 13 April di ibu pejabat Proton Shah Alam dan dihasilkan secara sukarela oleh kakitangannya. Sebanyak 60,000 penghasilan pelindung muka disasarkan dalam tempoh sekitar 20 hari.
Ketika Malaysia sedang berusaha untuk menentang penularan wabak COVID-19, PROTON sekali lagi mengambil bahagian dalam...
Posted by Proton Cars on Thursday, April 9, 2020
Sebagai syarikat yang mempunyai kepakaran untuk menghasilkan kereta, kelebihan tersebut digunakan oleh Proton untuk menghasilkan peralatan PPE sebagai inisiatif menyokong petugas barisan hadapan dalam membendung penularan Covid-19.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato' Radzaif Mohamed berkata, pelindung muka yang dihasilkan akan dihantar secara berperingkat dan akan bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengedarkan peralatan tersebut mengikut tahap keperluan di setiap daerah.
Dalam pada itu, untuk memastikan syarikat mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Proton telah mengehadkan bilangan kakitangan yang terlibat dalam proses penghasilan pelindung muka tersebut.
Sebelum ini, Proton turut meminjamkan sebanyak 50 unit Proton X70 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia,
Sumber: Proton
Berkaitan
- Cara Daftar Vaksinasi COVID-19 Pada Aplikasi MySejahtera
- MyEG Tawar Ujian Saringan COVID-19 Percuma Untuk Pekerja Di Kawasan PKPB
- WHO Bakal Lancarkan Aplikasi Covid-19 Pada Peranti Android Dan iOS
- (Kemaskini: Kit Ujian Palsu) Terima Bacaan Ujian Dalam Masa 30 Minit, MyEG Tawarkan Kit Ujian Covid-19 Dengan Harga RM99
- Apple Turut Melepaskan Kemaskini iOS 12.5 Dengan Sokongan Notis Pendedahan COVID-19
- Tarikh Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Melalui Laman Web Dan Talian Hotline Diumumkan
- Proton Akan Jual Kereta Elektrik Seawal Oktober 2023
- Kerana Covid-19, Aplikasi Ini Menjadi Popular Dengan Lebih 50 Juta Muat Turun
- Malaysia Bakal Terima 12.8 Juta Bekalan Vaksin COVID-19 Daripada Pfizer
- Intel Malaysia Komited Beri Sumbangan Lebih RM2 Juta Bagi Membantu Memerangi Covid-19