Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Terkini Dedah Hampir 50% Pemilik EV Di AS Pertimbang Kembali Kepada Kereta ICE

Hayat Bateri EV Mungkin Tahan Sehingga 40% Lebih Lama Dari Dijangka – Kajian

Diterbitkan Disember 13, 2024 · Dikemas kini Disember 13, 2024 oleh ariff bukhari

Para saintis bateri biasanya menguji pek bateri di dalam makmal dengan mengujinya pada kadar pelepasan dan cas semula yang berterusan, mempercepatkan proses untuk melihat dengan cepat berapa lama ia akan bertahan dan prestasinya.

Walau bagaimanapun, menurut kajian baharu yang diterbitkan pada 9 Disember 2024 dalam Nature Energy, kaedah itu tidak menggambarkan bagaimana bateri EV digunakan di dunia nyata.

Tabiat pemanduan dan pengecasan kenderaan elektrik (EV) dalam dunia sebenar mungkin menjadikan bateri EV tahan lebih lama daripada yang difikirkan oleh penyelidik sebelum ini.

“Kami tidak menguji bateri EV dengan cara yang betul. Apa yang mengejutkan kami, pemanduan sebenar dengan pecutan yang kerap, brek yang mengecas sedikit bateri, berhenti untuk masuk ke kedai dan membiarkan bateri berehat selama berjam-jam pada satu masa membantu bateri bertahan lebih lama daripada yang kami sangka berdasarkan makmal ujian standard industri.” Simona Onori, pengarang kanan dan profesor bersekutu sains tenaga dan kejuruteraan di Stanford Doerr School of Sustainability.

Kajian terbaru oleh Pusat Bateri SLAC-Stanford yang diterbitkan baru-baru ini mencadangkan bahawa tabiat pemanduan dunia sebenar – seperti trafik berhenti dan bergerak, pemanduan lebuh raya, perjalanan ke bandar yang cepat dan banyak masa yang dihabiskan di parkir, boleh menjadikan EV bateri bertahan kira-kira satu pertiga lebih lama daripada yang difikirkan sebelumnya.

Ini bermakna purata pemilik EV mungkin tidak perlu menukar pek bateri mereka atau menaik taraf kepada kereta baharu selama beberapa tahun tambahan, sekali gus menjimatkan wang dan memanjangkan julat kenderaan mereka.

Alexis Geslin, salah seorang daripada tiga pengarang utama kajian itu meringkaskan, penuaan kitaran bateri kebanyakannya adalah benar untuk EV komersial seperti bas dan van yang hampir selalu digunakan atau dicas semula.

Tetapi, bagi pengguna yang menggunakan EV untuk ke tempat kerja, menjemput anak-anak mereka dan pergi ke kedai runcit, kebanyakannya tidak menggunakannya atau mengecasnya.

Oleh itu, masa menjadi faktor utama penuaan bateri EV.

Kajian ini diharap dapat membantu pengeluar EV untuk mengubah suai perisian pengurusan bateri, membantu memanjangkan hayat bateri dan mengoptimumkan prestasi untuk pemanduan dunia sebenar.

Berkaitan

  • Hayat Bateri EV Moden Boleh Bertahan 20 Tahun, Jimat Kos Pemilikan Lebih RM60,000 - Kajian
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Harga Bateri EV Junam Mendadak Lebih Cepat Dari Dijangka - Bloomberg

Sumber: Electrek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY