Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD EV Bateri

BYD Bakal Lancarkan Bateri EV Generasi Baharu, Janjikan Lebih Julat Perjalanan

Diterbitkan November 26, 2024 · Dikemas kini November 26, 2024 oleh ariff bukhari

BYD akan melancarkan bateri bilah generasi baharu pada tahun depan untuk menyokong barisan kenderaan elektrik (EV) terbaharunya.

Bateri baharu ini menjanjikan julat pemanduan yang lebih jauh, reka bentuk yang lebih padat, serta kecekapan dan keselamatan yang lebih baik.

Sejak pelancaran bateri bilah pertamanya pada 2020, bateri LFP (lithium-iron phosphate) BYD telah memacu kejayaan syarikat itu sebagai pengeluar EV dan pengeluar bateri EV kedua terbesar di dunia, selepas CATL.

BYD Atto 3 Bateri
Bateri bilah ini tidak hanya digunakan dalam kenderaan BYD tetapi juga oleh pengeluar lain seperti Tesla, Toyota, dan Ford.

Model EV kos rendah seperti BYD Seagull turut menggunakan bateri bilah dengan jarak pemanduan sehingga 252 batu (405 km).

BYD merancang untuk meningkatkan jarak pemanduan dan memanjangkan hayat kitaran bateri untuk kegunaan seperti penyimpanan tenaga.

Minggu lalu, BYD memperoleh satu lagi gelaran “pertama di dunia” selepas kenderaan tenaga baharu (NEV) kesepuluh jutanya dilancarkan dari barisan pengeluaran.

BYD Bakal Lancarkan Bateri EV Generasi Baharu, Janjikan Lebih Julat Perjalanan

BYD semakin dominan selepas ia menjual lebih 500,000 NEV buat kali pertama pada bulan Oktober.

Berkaitan

  • BYD Sealion 7 Dilancarkan, 2 Varian Ditawar Dengan Harga Bermula RM183,800
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Honda Demonstrasi Pengeluaran Bateri Keadaan Pepejal Bagi EV Dari Kilang Bernilai RM1.2 Bilion

Sumber: cnevpost

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY