Project Linda- Ubah Telefon Pintar Razer Menjadi Sebuah Komputer Riba

Setiap kali acara CES dilangsungkan, pasti ada kelainan yang mahu ditonjolkan oleh Razer, jenama komputer kegemaran para gamer.

Untuk edisi 2018 kali ini, Razer memperkenalkan Project Linda yang mana ia memperlihatkan gabungan antara prototaip komputer riba dan telefon pintar Razer yang telah dikeluarkan tahun lalu.



Gabungan antara komputer riba dan telefon pintar bukanlah sesuatu yang baru dimana sebelum ini kita boleh melihat Motorola Atrix dan Samsung dengan DeX. Menerusi Project Linda, telefon pintar Razer bukan sahaja menjadi "otak" kepada komputer riba malah ia berfungsi sebagai pad sesentuh.

Jika teknologi sambungan lain memerlukan dok tambahan, konsep Razer ini menjadikan ruang dikomputer itu sebagai dok penyambung dengan jenis sambungan yang digunakan adalah USB-C. Butang pada papan kekunci juga telah ditukar sesuai dengan penggunaan Android.



Komputer riba itu tidak mempunyai butang kuasa dan speaker, yang mana ia akan menggunakan fungsi dari telefon pintar Razer. Ia juga mempunyai memori tambahan sekitar 200GB dan bateri tambahan, ini bermakna, apabila telefon bersambung ia akan sentiasa dicas.

Melalui Project Linda ini, Razer mengharapkan ia mampu meningkatkan keupayaan telefon pintar Razer dari segi produktiviti dan juga untuk permainan.

Tidak dapat dipastikan bila prototaip ini akan dikeluarkan untuk tujuan komersil dan mungkin juga ia sekadar konsep sahaja.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=39&v=UEhGPnAgUno

Sumber: Razer