Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD Patenkan Teknologi AI Kesan Hidupan Di Bawah EV Sebelum Bergerak

BYD Patenkan Teknologi AI Kesan Hidupan Di Bawah EV Sebelum Bergerak

Diterbitkan Jun 30, 2026 ยท Dikemas kini Jun 30, 2026 oleh ariff bukhari

Pernahkah anda terlenyek haiwan seperti kucing yang kebiasaannya suka menyorok di bawah kereta sebelum anda memulakan perjalanan?

Insiden seperti itu mungkin dapat dielakkan di masa hadapan kerana gergasi EV China, BYD telah memfaikan paten teknologi keselamatan berasaskan kecerdasan buatan (AI) terbaharu yang boleh mengesan hidupan sebelum EV bergerak.

Sistem ini berfungsi dalam dua fasa menggunakan kamera bawah badan kenderaan (underbody).

Fasa pertama bermula sebaik sahaja enjin dimatikan, di mana kamera akan merakam imej rujukan komponen tetap kereta seperti kerangka dan bateri.

Fasa kedua pula aktif apabila kereta dihidupkan semula di mana kamera masa nyata akan mengimbas dan membandingkan keadaan semasa dengan imej asal.

BYD Patenkan Teknologi AI Kesan Hidupan Di Bawah EV Sebelum Bergerak

Algoritma pembelajaran mendalam (deep learning) ini hanya memfokuskan kawasan yang mengalami perubahan visual dan mampu menapis gangguan persekitaran seperti bayang-bayang, daun kering, debu, atau percikan lumpur untuk mengelakkan amaran palsu (false alarm).

Dengan menganalisis bentuk fizikal dan corak pergerakan, AI ini dapat mengecam kehadiran makhluk hidup dengan tepat.

Sistem akan serta-merta menghantar isyarat amaran kepada pemandu pada skrin papan pemuka sebelum tayar sempat bergerak.

Inovasi baharu ini menambah lagi senarai paten BYD yang tertumpu pada pengesanan, pemantauan dan risikan kenderaan.

Selain sistem pengesanan bahagian bawah badan kenderaan, syarikat itu juga baru-baru ini mendedahkan kaedah untuk mengesan penumpang yang terlupa di dalam kenderaan menggunakan analisis isyarat berasaskan radar.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • BYD Dinobat Sebagai Pengeluar Automotif Paling Inovatif Dunia 2026 Buat Kali Pertama
  • BYD Flash Charging Akan Masuk Malaysia - Cas 10-70% Hanya 5 Minit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY