Produk Vintaj Apple Ini Boleh Buat Anda Jadi Jutawan Jika Milikinya

Apple cukup terkenal dengan barisan produk lama yang diklasifikasikan kepada dua iaitu lapuk (obsolete) dan vintaj atas sebab-sebab tertentu.

Untuk memahami apa maksud sebenar dua kategori ini, perlu kita fahami definisi produk vintaj dan juga lapuk dari Apple.

Produk usang (obsolete) Apple


Secara harafiah, usang bermaksud sudah tua atau lama. Bagi Apple pula, produk yang dikira obsolete adalah produk yang sudah dihentikan pengeluaran untuk dijual selama lebih dari 7 tahun.

Segala perkhidmatan perkakasan produk usang turut dihentikan, kecuali komputer riba Mac yang layak untuk tempoh pembaikan bateri tambahan.

Oleh itu, pembekal perkhidmatan juga tidak boleh memesan alat ganti produk usang.



Contoh produk Apple yang sudah diklasifikasikan sebagai usang termasuk MacBook 2011, iMac 2003, iPod nano 7th gen, iPhone 3G, iPad 3G, dan lain-lain.

Produk vintaj Apple


Produk Apple yang dikira vintaj pula merupakan produk yang sudah dihentikan pengeluaran lebih dari 5 tahun dan kurang dari 7 tahun.

Sejak syarikat Apple ditubuhkan pada 1976, telah banyak produk yang sudah tidak lagi dikeluarkan sehingga menjadi barangan koleksi, dengan nilai yang tinggi.

Kapsyen: Jacek Lupina, pemilik Muzium Apple di Warsaw.


Bahkan ada seorang pengumpul tegar produk vintaj Apple telah menubuhkan sebuah muzium di Warsaw untuk mempamerkan koleksi beliau.

Oleh itu, ingin saya kongsikan 5 produk vintaj Apple yang kini mempunyai nilai yang sangat tinggi.

1. Apple-1


Kapsyen: Apple 1


Untuk pengetahuan, Apple-1 ialah produk pertama keluaran Apple, yang dipasarkan oleh Steve Jobs dan direka oleh Steve Wozniak bersama dengan Patty Jobs serta Danial Kottke di rumah Jobs.

Bagi golongan pengumpul Apple, komputer Apple-1 merupakan sebuah produk "holy grail" yang sangat antik dan berharga.

Pada tahun 2013, Apple-1 yang telah ditandatangani oleh Wozniak telah dilelong pada nilai US$387,750 (~RM1.7 juta).

Ada juga unit Apple-1 yang berjaya dilelong di New York sehingga US$905,000 (~RM3.98 juta) pada tahun 2014.

Walaupun hampir setiap unit Apple-1 hadir dengan resit yang ditandatangani oleh Wozniak, pengasas Apple tersebut tidak banyak terlibat dalam pembinaan produk itu.

Namun, disebabkan ia merupakan produk pertama dari Apple yang dikeluarkan pada tahum 1976, ia digemari oleh kalangan pengumpul produk vintaj Apple.

2. Apple II


apple vintaj Kapsyen: Apple II


Apple pada awalnya dikenali sebagai pengeluar komputer, dan Apple II menjadi titik permulaan kejayaan syarikat ini.

Diperkenal pada tahun 1977, Apple II berjaya dijual sehingga lima ke enam juta unit apabila akhirnya dihentikan pengeluaran pada tahun 1993.

Jika dilihat pada rekaan Apple II, ia hadir dengan pangkalan komputer yang mempunyai dua pemacu cakera serta papan induk di bawahnya.

Lengkap dengan aplikasi VisiCalc, program perisian spreadsheet pertama, menjadikan Apple II  terkenal dan laris dijual.

Walaupun nilai Apple II tidak setinggi Apple-1, ia tetap dapat dilelong pada harga US$4,687 (~RM20,632) pada tahun 2015.

3. Apple Lisa


apple vintaj Kapsyen: Apple Lisa


Apple Lisa (Local Integrated Software Architecture) dikeluarkan pada awal tahun 1980-an, dan dinamakan sempena nama anak Steve Jobs.

Projek 'Lisa' bermula pada tahun 1978 dan diperluas untuk dijadikan sebagai komputer peribadi berkuasa dengan antara muka grafik (GUI) yang menyasarkan syarikat-syarikat sebagai pelanggan utama mereka.

Malangnya, jualan komputer Apple Lisa gagal dek kerana tanda harganya yang sangat mahal sejumlah US$9,995 (~RM44,000).

Walaupun begitu, disebabkan ia telah menjadi barangan vintaj, Apple Lisa 1 berjaya dilelong sehingga US$31,250 (~RM137,562) pada tahun 2018.

Unit tersebut lengkap dengan papan kekunci asli, tetikus, Apple Profile Hard DriveApple Dot Matrix Printer, dan koleksi perisian serta manual.

4. Macintosh 128K


apple vintaj Kapsyen: Macintosh 128K


Macintosh 128K, atau juga dikenali sebagai Apple Macintosh pertama kali dikeluarkan pada 24 Januari 1984 dan dihentikan pengeluarkan pada Oktober 1985.

Dijual pada harga US$2,495 (~RM10,987), Macintosh 128K diperkenalkan menerusi iklan oleh Ridley Scott dalam acara Super Bowl XVIII pada 22 Januari 1984.

Pada awalnya, komputer ini berjaya terjual sehingga 70,000 pada 3 Mei 1984, yang kemudiannya jatuh dan legasinya disambung oleh Macintosh 512K.

Tambahan lagi, Macintosh 128K ini merupakan komputer Apple pertama yang dipasarkan untuk pengguna.

Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan skrin hitam putih dan tetikus pertama di dunia yang kini menjadi peranti wajib untuk setiap pembelian komputer,

Berbalik kepada nilai 'vintaj' produk Apple, satu set lengkap Macintosh 128K boleh bernilai sehingga lebih US$2,000 (~RM8,809) di eBay.

5. iPod Generasi Pertama (2001)


apple vintaj Kapsyen: iPod Generasi Pertama


Masihkah anda ingat akan pemain muzik iPod?

iPod generasi pertama telah dilancarkan pada tahun 2001.

Secara keseluruhan, pengeluaran iPod berterusan selama dua dekad, sehingga akhirnya Apple menghentikan pengeluaran iPod pada tahun 2022.

Walaupun telah muncul beberapa generasi, seperti produk vintaj Apple yang lain, iPod Gen-1 ini boleh dijual di eBay sehingga lebih daripada US$20,000 (~RM88,090).

6. iPhone 2G (2007)


apple vintaj Kapsyen: iPhone 2G


iPhone 2G atau iPhone generasi pertama dilancarkan pada tahun 2007 oleh Steve Jobs di Macworld Conference.

Untuk sebuah telefon yang hadir dengan skrin sentuh, pemain muzik, dan pelayar web Safari pada waktu itu, ia memang mencipta satu fenomena baru dalam industri telefon pintar.

Peranti ini dulu dijual pada harga US$499 (~RM2,198), namun, kini, iPhone 2G bernilai sehingga lebih daripada US$20,000 (~RM88,110) di eBay.

Rumusan


Kesimpulannya di sini, jika anda memiliki produk Apple yang sudah tidak digunakan tapi masih elok, peliharalah.

Mungkin satu hari nanti, nilainya akan melambung tinggi.

Sumber: Apple, The Guardian, Mac-History, Republic World, AriffMac

Baca juga:

Berkaitan