Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ProCreate AI is not our future

Procreate Kekal Pendirian, Tak Akan Perkenal Sebarang AI Generatif

Diterbitkan Ogos 20, 2024 · Dikemas kini Ogos 20, 2024 oleh Amalina Athman

Syarikat di sebalik aplikasi ilustrasi popular iPad, ProCreate kini menyatakan pendirian bahawa ia tidak akan memperkenalkan sebarang AI generatif ke dalam produk mereka.

Procreate mendakwa AI generatif dibina di atas asas kecurian, dan teknologi ini membawa manusia ke arah “masa depan yang tandus”. Ia berpendapat pembelajaran mesin ialah teknologi yang menarik dengan banyak merit, tetapi laluan AI generatif adalah salah.

Sebagai tambahan, syarikat itu juga menjelaskan ia tidak mengejar teknologi yang merupakan ancaman moral kepada kreativiti manusia. Sementara CEO Procreate James Cuda dalam siaran video di X berkata,

Saya tidak suka apa yang berlaku kepada industri, dan saya tidak suka apa yang dilakukannya (AI generatif) kepada artis.

Kebimbangan komuniti kreatif terhadap AI generatif mungkin didorong oleh dua sebab utama – model AI telah dilatih mengenai kandungannya tanpa persetujuan atau pampasan, dan penggunaan teknologi yang meluas akan mengurangkan peluang pekerjaan.

Dengan pengumuman itu, ia telah meraih pujian meluas dalam kalangan komuniti kreatif yang tidak berpuas hati dengan cara syarikat lain mengendalikan peningkatan alatan AI generatif.

We’re never going there. Creativity is made, not generated.
You can read more at https://t.co/9Fgh460KVu ✨ #procreate #noaiart pic.twitter.com/AnLVPgWzl3

— Procreate (@Procreate) August 18, 2024

Walaupun begitu, Cuda berkata “Kami tidak tahu sejauh mana cerita ini akan pergi, atau bagaimana ia berakhir, tetapi kami percaya bahawa kami berada di jalan yang betul untuk menyokong kreativiti manusia.”

Berkaitan

  • Ini 10 Permainan Percuma Dan Aplikasi Berbayar Paling Popular Di iPhone Dan iPad 2023
  • Adobe Tayang AI Generatif Terbaru Untuk Premiere Pro, Jadikan Kerja Suntingan Video Lebih Pantas Dan Mudah
  • Apple Akhirnya Umum Aplikasi Kalkulator Untuk iPad
  • Apple Jadikan 'Gaming' Lebih Mudah Dimainkan Dari Mac Ke iPad Dan iPhone
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber: The Verge, via ProCreate

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY