Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation 4 Kini Terjual Lebih Dari 82 Juta Unit Seluruh Dunia

Presiden Sony Sahkan PlayStation 5 Sedang Dalam Pembangunan

Diterbitkan Oktober 10, 2018 oleh Haikel Areff

Jika sebelum ini pihak Sony hanya menyatakan peranti PlayStation seterusnya akan tetap dilancarkan, ia berbeza dengan kenyataan terbaru Presiden baru mereka, Kenichiro Yoshida. Beliau mengubah kenyataannya kepada “ia sedang dibangunkan”.

Dalam temuramah bersama Financial Times, Yoshida mengatakan bahawa menghasilkan perkakasan generasi akan datang kini merupakan satu keperluan. Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengesahkan samada ia akan menggunakan nama PlayStation 5 atau tidak.

Permainan PlayStation 4 Kini Boleh Dimainkan Pada Komputer

Sejak keluaran PlayStation yang pertama, Sony mengambil masa di antara 5 hingga 10 tahun sebelum memperkenalkan generasi baru bagi konsol permainannya. PlayStation 4 dilancarkan pada tahun 2013 dan tahun ini sudah masuk tahun ke-lima kelancarannya.

Walaubagaimanapun, Sony dijangka tidak akan memperkenalkan konsol berkenaan dalam masa terdekat. Ini kerana, Ketua PlayStation, John Kodera pernah meramalkan yang generasi seterusnya bagi konsol permainan popular itu hanya akan dilancarkan pada tahun 2020, paling awal.

 

Sumber : BBC NEWS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY