Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kitar semula minyak masak terpakai

Selangor Lancar Mesin Kitar Semula Barangan Kepada Tunai Layan Diri

Diterbitkan Oktober 8, 2025 · Dikemas kini Oktober 8, 2025 oleh ariff bukhari

KDEB Waste Management (KDEBWM) memperkenalkan mesin layan diri Reverse Vending Machine (RVM) pintar 5 dalam 1 pertama di Selangor yang membolehkan penduduknya menukarkan bahan kitar semula kepada wang tunai.

Mesin ini menerima 5 jenis bahan kitar semula utama iaitu plastik, kotak, kertas, aluminium, dan minyak masak terpakai, dengan bayaran dipindahkan terus ke akaun bank pengguna selepas pendaftaran.

Dilengkapi teknologi AI dan penderia pintar, mesin ini mampu mengesan penipuan seperti campuran air dalam minyak atau batu dalam botol.

Ia juga mempunyai CCTV pintar dan sistem interaktif untuk membantu pengguna.

kitar semula minyak masak terpakai
Kredit: Media Selangor.

Sebanyak 100 unit akan dipasang di lokasi strategik seperti ppejabat kerajaan, pasar raya, dewan komuniti, masjid, rumah ibadat serta kawasan perumahan.

Setiap mesin boleh menampung sehingga 750kg sehari dan akan beri amaran apabila penuh.

Bayaran kepada pengguna bergantung kepada harga pasaran semasa bahan kitar semula.

Inisiatif ini menyokong sasaran Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk meningkatkan kadar kitar semula melebihi 15% dan mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan.

Berkaitan

  • Kitar Semula Lebih Bijak Dengan idamanExchange, Boleh Dapat Ganjaran Tebus Di e-Dompet
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular - Bah.2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY