Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Prapesan Siri OPPO Reno13 Dibuka, Akan Dilancar Januari 2025

Posted on Disember 23, 2024Disember 23, 2024

November lepas, OPPO secara rasminya melancarkan siri Reno13 di pasaran China. Kini, OPPO Malaysia mengumumkan kehadiran peranti tersebut dan membuka prapesan bagi keluarga Reno terbaru, iaitu Reno13 Pro, Reno13 dan Reno13 F.

Dalam poster yang dikongsikan, peranti ini bakal hadir dengan ciri AI livephoto, AI editor dan penarafan air serta debu IP69. Rekaannya juga adalah sama yang dilancarkan di China tempoh hari.

Imbas kembali spesifikasi, siri Reno13 adalah yang pertama menggunakan cip terbaru MediaTek Dimensity 8350. Turut hadir dengan kamera swafoto 50MP, kamera utama 50MP dan juga telefoto 50MP. Bateri adalah sehingga 5800mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 80W serta tanpa wayar 50W.

Dijangkakan, spesifikasi di Malaysia ada mirip yang dilancarkan di China. Berkemungkinan telefon ini bakal rasmi pada awal Januari 2025. Ini kerana, prapesan sudah pun bermula dan akan berakhir pada 10 Januari depan.

Bersempenanya, OPPO menawarkan rebat terus sehingga RM200 dan juga hadiah yang bernilai sehingga RM2,266. Bagi yang berminat, prapesan boleh dilakukan melalui laman rasmi OPPO.

{suggest}

Sumber: Siaran media OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress