Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Pad 3 Rasmi, Altenatif Kepada OPPO Pad 3 Pro Dengan Harga Mampu Milik

OPPO Pad 3 Rasmi, Altenatif Kepada OPPO Pad 3 Pro Dengan Harga Mampu Milik

Diterbitkan November 27, 2024 oleh Rushsyafizal

OPPO telah melancarkan OPPO Pad 3, melengkapkan pengumuman terkini bersama cip MediaTek terbaru. Tablet ini merupakan alternatif mampu milik kepada model premium OPPO Pad 3 Pro yang dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 3.

gsmarena_003 (10)

Dikuasakan oleh cip Dimensity 8350 baharu, tablet ini mempunyai skrin IPS LCD 11.61-inci dengan resolusi 2000×800 piksel, kadar segar semula 144Hz, kadar pensampelan sentuh 480Hz, dan kecerahan 700 nits. Skrin ini turut dilengkapi salutan anti-silau yang dikatakan mampu mengurangkan 97% silau persekitaran.

gsmarena_007 (1)

Tablet ini hanya setebal 6.3mm dan seberat 536 gram, menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang mahukan peranti nipis dan ringan. OPPO Pad 3 dilengkapi oleh bateri 9,520mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W.

Tablet ini menyokong OPPO Pencil 2, yang diberikan secara percuma bagi pengguna yang membuat prapesan. Ia juga mempunyai nisbah aspek skrin 7:5, menjadikannya sesuai untuk menjalankan dua aplikasi serentak dalam mod landskap bagi keperluan multi tugas.

Dilengkapi kamera hadapan 8MP (1080p) dan kamera belakang 8MP (4K) serta empat pembesar suara untuk pengalaman audio yang lebih imersif.

Ia juga menjalankan ColorOS 15 berasaskan Android 15. Fungsi seperti OPPO Circle to Search membolehkan pengguna mendapatkan jawapan AI dengan melingkari kandungan pada skrin.

gsmarena_004 (1)
gsmarena_005 (1)
gsmarena_006 (1)

Tersedia dalam tiga warna iaitu Sunshine Purple, Night Blue, dan Star Track Bright Silver, tablet ini ditawarkan dengan pilihan RAM dan storan 8/128GB, 8/256GB, 12GB/256GB dan 12GB/512GB dengan harga bermula CNY 2,099 (~RM1,288) hingga CNY 3,099 (~RM1,902)

OPPO Pad 3 berkemungkinan akan dilancarkan secara global sebagai OnePlus Pad 2 Go, menjadikannya pilihan menarik bagi pengguna yang inginkan tablet berprestasi tinggi pada harga mampu milik.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Siri HUAWEI Mate 70 Dan Mate X6 Dilancar, Perkenal Ciri AI Airteleport
  • MediaTek Dimensity 8350 Kini Rasmi Diperkenalkan
  • PDRM, MCMC Kerjasama Tumpaskan Sindiket Sebar SMS Palsu Guna 'Fake BTS'
  • Fahmi Gesa Percepatkan Penyediaan Perkhidmatan Mudah Alih Fasa 1 JENDELA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY