Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gsmarena_004 (2)

OPPO Reno13 Dan Reno13 Pro Dilancar: Dimensity 8350, IP69, Pengecasan 80W

Diterbitkan November 27, 2024 oleh Rushsyafizal

OPPO secara rasmi melancarkan siri Reno13 di China dengan dua model, Reno13 dan Reno13 Pro. Kedua-dua peranti ini merupakan yang pertama menggunakan cip Dimensity 8350 versi khas Dimensity 8300 dengan spesifikasi CPU, GPU, NPU, dan sambungan tanpa wayar yang sama.

gsmarena_003 (11)
gsmarena_001 (15)

Peranti ini dikuasakan cip Dimensity 8350 dipadankan dengan cip dalaman Oppo X1 untuk sambungan tanpa wayar yang lebih baik. Reno13 menggunakan skrin AMOLED 6.59-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Reno13 Pro pula menampilkan skrin lebih besar 6.83-inci, tetapi dengan spesifikasi paparan yang sama. Kedua-duanya juga mendapat perlindungan IP69.

Kedua-dua peranti ini dilengkapi kamera swafoto 50MP dan pengimbas cap jari dalam skrin. Reno13 dan Reno13 Pro dibekalkan kamera utama 50MP (IMX890) dengan OIS serta lensa ultra lebar 8MP. Model Pro menambah kamera telefoto 50MP dengan panjang fokus setara 85mm dan zum optik 3.5x dan rakaman video sehingga 4K pada 60fps.

OPPO Reno13 Dan Reno13 Pro Dilancar: Dimensity 8350, IP69, Pengecasan 80W

Reno13 dilengkapi bateri 5,600mAh dengan pengecasan berwayar 80W dan tanpa wayar 50W, manakala Reno13 Pro mempunyai bateri sebesar 5,800mAh dengan sokongan pengecasan yang sama.

gsmarena_010 (1)

Siri Reno13 tersedia dengan pilihan warna Midnight Black, Galaxy Blue, dan Butterfly Purple dengan harga ketersediaan bermula dari CNY 2,699 (~RM1,700) untuk konfigurasi 12/256GB.

gsmarena_011 (1)

Bagi siri Reno13 Pro pula, ia tersedia dengan pemilihan warna Midnight Black, Starlight Pink, dan Butterfly Purple, dengan harga ketersediaan bermula dari CNY 3,399 (~RM2,150) untuk konfigurasi 12/256GB.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Fahmi Gesa Percepatkan Penyediaan Perkhidmatan Mudah Alih Fasa 1 JENDELA
  • OPPO Pad 3 Rasmi, Altenatif Kepada OPPO Pad 3 Pro Dengan Harga Mampu Milik
  • Pengguna iOS Kini Boleh Akses SearchGPT Lebih Mudah
  • Samsung Mungkin Akan Bangunkan Konsol Mudah Alih Boleh Lipat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY