Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pra-Tempahan iPhone X Di Korea Selatan Melebihi 300,000 Pesanan

Pra-Tempahan iPhone X Di Korea Selatan Melebihi 300,000 Pesanan

Diterbitkan November 22, 2017 oleh Wiser MY

Penyedia rangkaian Korea Selatan melaporkan jumlah pra-tempah yang tinggi untuk model iPhone X menjelang pejualan rasmi di negara itu.

SK Telecom, KT dan LG Uplus dilaporkan telah menerima lebih dari 300,000 tempahan untuk peranti iPhone X, nilai 2 kali ganda dari jumlah pra-tempahan untuk iPhone 8.

Penyedia rangkaian tersebut meminta Apple Inc. menambah unit stok untuk negara tersebut apabila tarikh rasmi penjualan peranti itu dimulakan. Dengan tag harga iPhone paling mahal setakat ini, tidak menghalang peminat dari cuba mendapatkan peranti tersebut.

download (1)

 

Samsung Electronics pula telah melancarkan Program Naik Taraf Galaxy minggu ini, disasarkan untuk pengguna iPhone menjelang pejualan rasmi iPhone X  di negara republik tersebut.

10,000 pengguna iPhone akan diberi peluang mencuba peranti Galaxy S8 atau Galaxy Note 8 selama sebulan. Selepas itu mereka diberi pilihan untuk terus menggunakannya atau tidak.

Peranti Galaxy Note 8 masih lagi memegang gelaran peranti paling banyak dijual di negara itu tetapi penjualan semakin perlahan semenjak dilancarkan pada September lepas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY