Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sonos Roam SL

Pra-Tempah Sonos Roam SL Bermula – ‘Speaker’ Tahan Lasak, Sokong AirPlay 2

Diterbitkan Mac 2, 2022 oleh Amsyar Latif

Sonos merupakan sebuah jenama yang memang memfokuskan produk-produk audio kini memperkenalkan Roam SL. Pembesar suara mudah alih tanpa mikrofon ini juga tahan lasak dan ahli baharu dalam keluarga pembesar suara mudah alih Sonos.

Tempahan awal sudah pun bermula hari ini bagi anda yang berminat dan ia akan tersedia dijual pada 15 Mac depan menerusi Lazada atau kedai rasmi trysonos dengan tanda harga RM1099 seunit.

Antara perkara menarik terhadap Roam SL ini adalah ia boleh disambung menggunakan Wi-Fi atau Bluetooth.

Selain itu, ia juga boleh dipadankan dengan pembesar suara Roam SL lain untuk menjadikannya sebuah sistem pembesar suara lebih besar.

Tambahan lagi, terdapat juga aplikasi Sonos untuk mudah membuat tetapan dan juga ada sokongan sambungan Apple AirPlay 2 di mana pelbagai peranti Apple boleh disambungkan serta mengawalnya melalui Siri.

Roam SL – cas

Dari segi ketahanan bateri, ia mampu memainbalik muzik selama 10 jam dan 10 hari apabila bateri dalam mod tidur. Jika mahukan bateri tahan lama lagi, boleh juga menetapkan mod penjimatan.

Disebabkan Roam SL ini tahan lasak, ia menerima penarafan IP67 kalis habuk dan air. Tambahan lagi, butang sentuhan taktil yang ada padanya turut membantu mengelakkan butang ditekan secara tidak sengaja ketika membawa pembesar suara ini ke mana-mana sahaja.

Oleh yang demikian, sekiranya berminat, anda boleh dapatkannya menerusi Lazada atau laman rasmi Sonos Malaysia.

Sumber: Siaran Akhbar Sonos

Baca juga:

  • Prestasi Mirip SD 888? MediaTek Lancar Cip 5nm, Dimensity 8100 Dan 8000

  • Kerajaan Gesa Touch ‘n Go Turunkan Harga Pelekat RFID

  • Ini Antara Peranti realme Yang Ada Diskaun Pada 3.3 Di Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY