Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Gesa Touch ‘n Go Turunkan Harga Pelekat RFID

Kerajaan Gesa Touch ‘n Go Turunkan Harga Pelekat RFID

Diterbitkan Mac 1, 2022 · Dikemas kini Mac 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof di Parlimen hari ini memaklumkan bahawa kerajaan sudah meminta Touch ‘n Go untuk menurunkan harga tag RFID yang sekarang dijual pada harga RM35 sekeping.

Datuk Fasiah Mohd Fakeh (PN-Sabak Bernam) sebelum itu meminta beliau menjawab berkenaan pelaksanaan RFID di semua tol tertutup PLUS dan LPT 2.

Kutip tol melalui RFID Touch ‘n Go kini telah dilaksanakan di 28 lebuh raya dan pelaksanaannya di LPT 1 serta LPT 2 dijangka menyusul penghujung Jun ini, menurut Fadillah.

Mengikut rancangan, sistem tol yang digunakan sekarang akan digantikan dengan sistem tol aliran berbilang lorong atau multi-lane free flow (MLFF) dengan RFID sepenuhnya pada tahun 2025 kelak.

Jelas Fadillah, kerajaan tidak akan melaksanakan sistem tol ERP seperti di Singapura kerana isu kos dan percaya pelaksanaan model perniagaan akan membebankan rakyat.

Kerajaan Gesa Touch ‘n Go Turunkan Harga Pelekat RFID
ERP Singapura. Foto – CNA

Sebagai pengguna, dakwaan ini agak janggal memikirkan sistem tol ERP yang menggunakan sistem tanpa palang yang jelas memudahkan perjalanan.

Jika anda sedang berkira-kira untuk memasang RFID Touch ‘n Go pada kenderaan, ada baiknya jika anda baca artikel ini terlebih dahulu untuk mengetahui keperluan sebelum dan selepas memasang tag tersebut.

Sumbe: Parlimen Malaysia

Baca juga:

  • 3 Langkah Baca DM Instagram Tanpa Meninggalkan Label ‘Seen’ Yang Boleh Mengguriskan Hati Rakan Anda
  • JPJ Ada Pelan Yang Mungkin Boleh Turunkan Harga Pelekat RFID
  • Pelekat RFID Rosak? PLUS Tawar Ganti Pelekat Dengan Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY