Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pra Tempah Sekarang OPPO R9s Edisi Hitam (Rm1828) – Percuma Smart Band

Posted on Mei 3, 2017

Anda tidak berkenan dengan variasi warna yang ditawarkan OPPO Malaysia?

Tiada masalah!

Hari ini OPPO Malaysia telah memperkenalkan OPPO R9s berwarna hitam dan anda sudah boleh mula membuat pra tempahan sekarang.

OPPO R9s Edisi Hitam ini hanya berbeza dari segi warna sahaja, dan ia masih mengekalkan spesifikasi yang sama.

OPPO-R9s-Black-Edition-Malaysia-08

OPPO-R9s-Black-Edition-Malaysia-07

Bagi anda yang masih tidak tahu tentang spesifikasi peranti ini, berikut adalah ciri-cirinya:

Dimensi

  • Tinggi: 153mm
  • Lebar: 74.3mm
  • Tebal: 6.58mm
  • Berat: 147g

Ciri-ciri asas

  • Sistem operasi: ColorOS 3.0 berasaskan Android 6.0
  • GPU: Adreno 506
  • RAM: 6GB
  • Bateri: 3010mAh
  • Pemproses: Qualcomm Snapdragon 625 4-Teras

Paparan

  • Saiz: 5.5 inci
  • Jenis: AMOLED
  • Resolusi: HD Penuh ( 1920 x 1080)
  • Warna: 16 juta warna
  • Skrin sesentuh: Sentuhan pelbagai, skrin kapasitif, sokongan Gorilla Glass 5 untuk sentuhan ketika basah dan memakai sarung tangan.

Kamera

  • Sensor belakang: 16 Megapiksel
  • Sensor depan: 16 Megapiksel
  • Flash: LED Flash
  • Aperture: Belakang – f/1.7, Depan f/2.0

Untuk spesifikasi lanjut OPPO R9s, anda bolehlah layari laman web OPPO Malaysia

Tidak dilupakan juga, sekiranya anda membeli OPPO R9s edisi hitam ini, anda akan menerima aksesori percuma berupa WeLoop Now 2 Smart Band.

LYN-WeLoop-Now2-02
WeLoop Now 2 Smart Band

Pra tempah boleh dibuat di

  • OPPO Online Store
  • OPPO Concept Store
  • Pengedar sah OPPO seluruh Malaysia

Pra tempah akan dibuka sehingga 9 Mei 2017 ini.

Sumber: Lowyat.net

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress