Bermula 16 November hingga 19 November ini, Huawei Mate 10 Pro sudah boleh dibeli secara pra-tempah dengan harga RM3099. Penawarannya ke dalam pasaran pula adalah seminggu selepas tarikh pra-tempah iaitu 24 November 2017, sama seperti tarikh penjualan iPhone X di Malaysia.
Didatangkan dengan dua variasi pilihan warna, Midnight Blue dan Mocha Brown, bagi yang membeli secara pra-tempah akan menerima aksesori bernilai sehingga RM999 yang mengandungi:
- 1 unit penimbang Huawei
- 1 unit Huawei Band A2
- 1 Kad Perkhidmatan VIP yang menawarkan 3 bulan waranti untuk ganti kerosakan skrin, waranti telefon selama 1 tahun dan waranti untuk perkhidmatan dari pintu-ke-pintu.
Spesifikasi ringkas Huawei Mate 10 Pro:
- Skrin paparan 6 inci dengan nisbah 18:9
- Cip pemprosesan Kirin 970
- RAM 6GB
- Storan dalaman 128GB
- Dwi kamera utama 20MP (lensa hitam putih) dan 12MP (lensa warna)
- Kamera swafoto 8MP
- Bateri berkapasiti 4000mAh
- Dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo
- Pensijilan IP67: kalis air dan habuk
Berkaitan
- Ini Penjelasan Qualcomm Mengenai Telefon Gaming Sendiri
- OPPO A92 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM1199
- Tonton Perlawanan EPL Pada Harga Bermula RM7.90 Di Sooka
- WhatsApp Ada Kelemahan Yang Bolehkan Penggodam Memalsukan Mesej
- Garis Panduan Baru Bagi Pendaftaran Perkhidmatan Pra-Bayar Yang Akan Bermula Pada 2018
- Facebook Mengeluarkan Permohonan Maaf Kerana Melumpuhkan Akaun Milik Beberapa Wartawan Palestin
- POCO M2 Pro Dilancarkan, Mirip Kepada Redmi Note 9S
- Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima 3 Generasi Android
- Unifi Tawar Pelan 300Mbps Pada Harga Promosi RM199, Promosi Dibuka Sehingga Akhir Bulan Jun
- Realme Bagai Bagi Isyarat Mahu Menggunakan Snapdragon 855 Plus