Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Poster Mi MIX Fold Didakwa Tertiris, Perlihatkan Rekaan Dan Spesifikasi Utama

Poster Mi MIX Fold Didakwa Tertiris, Perlihatkan Rekaan Dan Spesifikasi Utama

Diterbitkan Mac 30, 2021 · Dikemas kini Mac 30, 2021 oleh Amalina Athman

Melalui acara yang berlangsung semalam, Xiaomi telah mengumumkan sejumlah produk baharu termasuk Mi 11 Ultra, Mi 11i, Mi 11 Lite, Mi Smart Band 6 dan sebagainya. Bagaimanapun, acara pelancaran tersebut dijadualkan akan bersambung untuk bahagian 2 pada malam ini.

Sebelum ini, Xiaomi mengumumkan akan memperkenalkan model baharu bagi siri Mi MIX pada acara berkenaan. Terkini, poster Mi MIX Fold didakwa telah tertiris dan sekali gus memperlihatkan rekaan yang ditampilkan pada siri tersebut.

Seperti khabar yang bertiup kencang sebelum ini, model baharu Mi MIX merupakan telefon boleh lipat.

Mi MIX Fold poster

Selain rekaan, ia juga memperlihatkan spesifikasi utama di mana peranti ini akan dimuatkan panel 8.01-inci E4 AMOLED dengan resolusi 2K. Peranti ini hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888.

Terdahulu, Xiaomi turut mendedahkan model baharu Mi MIX akan menjadi peranti pertama yang dilengkapi tetapan kamera dengan lensa cecair.

Buat masa ini, belum lagi diketahui jika MIX Fold hanya terhad untuk pasaran China atau akan dipasarkan secara global. Sudah tentu, semuanya akan terjawab pada acara pelancaran bahagian kedua yang akan berlangsung malam ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY