Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi MIX

Mi MIX Akan Dilengkapi Kamera Dengan Lensa Cecair

Diterbitkan Mac 26, 2021 oleh Amalina Athman

Pada acara pelancaran yang akan diadakan 29 Mac 2021, Xiaomi telah mengumumkan sejumlah produk dan teknologi baharu akan diperkenalkan. Antaranya termasuk Mi 11 Pro, Mi 11 Ultra, Mi Notebook Pro dan yang terbaru adalah Mi MIX.

Terkini, Xiaomi telah memberikan beberapa perincian mengenai Mi MIX yang akan dilancarkan kelak. Menurut Xiaomi, model baharu Mi MIX merupakan peranti pertama yang akan dilengkapi tetapan kamera dengan lensa cecair.

Mi MIX liquid lens

Disebut sebagai “Bionic photogaphy”, teknologi ini adalah berasaskan lapisan cecair yang dibaluti dengan filem ultra-nipis yang boleh mengubah lengkung lensa dan dikawal sama ada secara mekanikal atau elektronik.

Tidak seperti lensa sedia ada, lensa cecair ini dapat mengubah focal length dengan lebih pantas. Ia juga hanya memerlukan ruang yang lebih sedikit berbanding lensa tradisional.

Dengan lensa ini, ia membolehkan satu kamera merakam semua gambar daripada telefoto ke makro.

Mi MIX liquid lens

Xiaomi turut membandingkannya dengan bagaimana mata manusia melihat. Kelajuan mengubah bentuk lensa cecair dikatakan adalah jauh lebih pantas daripada kawalan mekanikal lensa optik tradisional, di mana ia sekali gus meningkatkan kelajuan fokus.

Mi MIX Akan Dilengkapi Kamera Dengan Lensa Cecair

Untuk melihat lebih lanjut bagaimana lensa cecair ini akan berfungsi, nantikan acara pelancaran yang berlangsung pada 29 Mac 2021, jam 7.30 malam.

Sumber: Weibo via Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY