Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi smart band 6 wide

Mi Smart Band 6 Rasmi, Tampil Dengan Skrin 50% Lebih Besar

Diterbitkan Mac 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Xiaomi Mi Band tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan peranti penjejak kesihatan yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia tetapi secara global atas faktor fungsi dan penawaran harganya yang mampu milik.

Melaluinya, sebanyak 1.2 juta unit telah terjual di dunia sejak pertama kali ia dilancarkan. Demi meneruskan legasi ini, Xiaomi mengumumkan pengganti Mi Band 5 menerusi Mi Smart Band 6.

Mi smart band 6

Penawaran Mi Smart Band 6 nampaknya mampu menarik perhatian pengguna. Ia tampil dengan paparan 1.56 inci AMOLED yang mana jauh lebih besar berbanding model terdahulu.

Mi smart band 4

Selain itu, ia dilengkapi dengan 30 mod sukan, pemantauan oksigen dalam darah, pemantauan degupan jantung, kalis air sehingga 50m dan pengecas magnetik yang dinaik taraf.

Screenshot (41)

Tambahan lagi, Mi Smart Band 6 juga memberikan lebih daripada 130 muka jam serta ketahanan bateri sehingga 14 hari.

Mi smart band 6 3

Harga jualan adalah 229 yuan (~RM144) sementara terdapat juga varian yang hadir dengan fungsi NFC iaitu berharga 279 yuan (~RM176).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY