Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mi 11 lite 4G

Mi 11 Lite Rasmi Di Malaysia, Ditawarkan Pada Harga RM1,199

Diterbitkan Mac 29, 2021 · Dikemas kini Mac 29, 2021 oleh Amalina Athman

Xiaomi kini mengumumkan Mi 11 Ultra, Mi 11i dan Mi 11 Lite untuk pasaran global. Bagi Mi 11 Lite, ia secara rasmi turut dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Mi 11 Lite_Bubblegum Blue_06

Mi 11 Lite hadir dengan dua varian iaitu Mi 11 Lite dan Mi 11 Lite 5G. Untuk paparan, ia dilengkapi 6.55-inci AMOLED dengan sokongan kadar segar semula 90Hz. Paparan peranti menyokong HDR10+ bagi varian 5G dan HDR10 bagi varian 4G.Mi 11 Lite_Boba Black_01

Mi 11 Lite dan Mi 11 Lite 5G masing-masing mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass 5 dan Corning Gorilla Glass 6.

Untuk varian 4G, menguasakan peranti adalah cip pemproses Snapdragon 732G. Sementara itu, varian 5G dilengkapi janaan cip Snapdragon 780G dengan teknologi 5nm. Kedua-duanya dilengkapi memori berasaskan LPDDR4X dan UFS 2.2.

Mi 11 Lite Rasmi Di Malaysia, Ditawarkan Pada Harga RM1,199

Beralih ke bahagian kamera, ia menempatkan tiga lensa dengan 64MP utama, 5MP telemakro dan 8MP ultra lebar. Kamera hadapan dimuatkan dengan sensor 16MP bagi varian 4G dan 20MP bagi varian 5G.

Peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri 4,250mAh bersama pengecasan pantas 33W.

Untuk varian 5G, ia hadir dengan dwi-SIM 5G, Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6 dan sebagainya. Sementara itu, varian 4G hadir dengan sokongan Bluetooth 5.1, Wi-Fi 5, NFC dan lain-lain. Antara lainnya adalah sokongan pembesar suara stereo serta menjalankan MIUI 12 berasaskan Android 10.

Mi 11 Lite Rasmi Di Malaysia, Ditawarkan Pada Harga RM1,199

Varian 5G menawarkan pilihan warna Mint Green, Truffle Black, Citrus Yellow, Bubblegum Blue, Peach Pink dan Boba Black. Bagi Mi 11 Lite, hanya tiga warna yang ditawarkan iaitu Boba Black, Peach Pink dan Bubblegum Blue.

Harga Jualan

Untuk pasaran Malaysia, Mi 11 Lite ditawarkan dengan versi 4G sahaja buat masa ini. Peranti ini akan tersedia untuk pasaran tempatan pada harga RM1,199 (8GB+128GB) bermula 6 April 2021.

Xiaomi Malaysia turut menawarkan hadiah percuma bernilai RM517 bagi 500 pembelian terawal.

 

Mi 11 Lite Rasmi Di Malaysia, Ditawarkan Pada Harga RM1,199

Untuk maklumat lanjut, layari halaman Facebook Xiaomi Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY