Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pos Malaysia Lancar Kenderaan Tanpa Pemandu

Posted on Januari 21, 2026Januari 21, 2026

Pos Malaysia Bhd mencipta sejarah dalam industri logistik negara apabila melancarkan kenderaan autonomi (AV) pertama di Malaysia.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada agenda transformasi dan inovasi Pos Malaysia melalui kerjasama strategik bersama syarikat Autonomous Logistic Solution (ALS).

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang melancarkan kenderaan autonomi Pos Malaysia menyifatkan ia sebagai usaha meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengendalian mel serta bungkusan di peringkat fasiliti.

“Saya sangat gembira dan berbangga dapat bersama dalam majlis peluncuran serta majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pos Malaysia dan syarikat ALS, yang akan menyediakan penyelesaian kenderaan berautonomi atau autonomous vehicle,” katanya.

Untuk fasa awal, kenderaan autonomi ini hanya digunakan melalui proof of concept dalam fasiliti dan laluan pertengahan seperti penghantaran dari pusat mel nasional ke pejabat pos utama, sebelum sebarang peluasan dipertimbangkan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Menurut beliau, usaha berkenaan bukan dilaksanakan secara bersendirian, sebaliknya melibatkan kerjasama rentas kementerian dan agensi termasuk Kementerian Komunikasi, MOT, institusi universiti serta pemain industri tempatan.

Dalam pada itu, Fahmi turut menegaskan penggunaan teknologi baharu ini tidak akan mengakibatkan pembuangan pekerja, sebaliknya membuka ruang penstrukturan semula tenaga kerja ke bidang yang lebih bernilai tinggi.

{suggest}

Gambar utama: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress