Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gobind Singh Deo 8 September 2025

Kementerian Digital, MOT Bincang Rangka Kerja Perundangan Kenderaan Autonomi

Diterbitkan September 9, 2025 ยท Dikemas kini September 9, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Digital telah memulakan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) mengenai rangka kerja perundangan khusus bagi menyokong penggunaan kenderaan autonomi, iaitu kenderaan tanpa pemandu yang dijangka menjadi sebahagian daripada masa depan sektor automotif negara.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata ia bagi melihat undang-undang yang sesuai untuk memastikan penggunaan kenderaan yang selamat.

Perbincangan ini berkaitan dengan apa yang kita sebut sebagai ‘autonomous vehicle network’ (rangkaian kenderaan autonomi). Jika kita lihat ke hadapan, di beberapa negara lain, sudah ada kenderaan yang boleh bergerak tanpa pemandu.

Beliau menekankan penggunaan kenderaan autonomi perlu disokong dengan piawaian yang jelas, termasuk aspek keselamatan yang diteliti dan diperhalusi. Katanya, kerangka perundangan yang dibangunkan juga perlu memberi penekanan kepada perkara tersebut.

Dalam pada itu, Gobind turut menambah bahawa data kenderaan, termasuk rakaman kamera papan pemuka (dashcam), merupakan antara komponen penting dalam perancangan tersebut.

Pada September tahun lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan kementeriannya sedang meneliti rangka kerja untuk meminda undang-undang bagi mengawal selia pengoperasian kenderaan autonomi di jalan raya.

Berkaitan

  • Servis Teksi Robot Elon Musk Mula Ditawarkan Di AS
  • BYD Lancar Sistem Parkir Autonomi Tahap 4, Janjikan Pampasan Jika Sistem Gagal
  • China Keluarkan Panduan Etika Kenderaan Pandu Sendiri
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY