Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Polis China Pakai Kacamata Pintar Dilengkapi Dengan Sistem Imbasan Wajah

Polis China Pakai Kacamata Pintar Dilengkapi Dengan Sistem Imbasan Wajah

Diterbitkan Februari 8, 2018 · Dikemas kini Februari 8, 2018 oleh Helmi Samsuri

Mengesan penjenayah selepas ini mungkin lebih mudah bagi pihak polis di tanah besar China. Menurut laporan dari The Wall Street Journal, anggota polis di stesen keretapi Henan kini dibekalkan dengan sebuah kacamata pintar bertujuan mengesan penjenayah didalam pengangkutan awam itu.

Polis China Pakai Kacamata Pintar Dilengkapi Dengan Sistem Imbasan Wajah

Kacamata pintar ini dilengkapi dengan sistem imbasan wajah yang mampu menyemak identiti seseorang tanpa perlu melihat dokumen pengenalan individu tersebut. Tidak terhad dengan itu, ia turut berupaya mengenal pasti jika individu itu menggunakan pengenalan palsu.

Polis China Pakai Kacamata Pintar Dilengkapi Dengan Sistem Imbasan Wajah

Semakan identiti dibuat melalui sambungan terus ke pangkalan data pihak berkuasa dan dilaporkan ia sudah berjaya mengesan 7 orang pesalah, disyaki melakukan jenayah berkaitan penyeludupan manusia serta kes langgar lari.

Tidak dapat dipastikan bagaimana cara ia berfungsi tetapi difahamkan, kacamata pintar itu berkemampuan untuk membuat semakan dalam masa beberapa saat sahaja.

Sistem imbasan wajah di China dilihat bakal bertambah canggih dimana sebuah syarikat teknologi dilapor sedang dalam proses kerjasama dengan agensi kerajaan. Menerusi kerjasama yang terjalin, pangkalan data imbasan wajah mengandungi maklumat lebih dari 1.3 bilion penduduk tanah besar itu bakal dibangunkan.

Sumber: Gizmodo dan SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY