Pokémon GO Fest 2020 - Pengalaman Acara Maya Pertama Buat Pemain Pokémon GO

Pokémon GO Fest merupakan acara dunia nyata yang berfungsi sebagai sambutan tahunan terbesar Pokémon GO. Kali pertama acara ini diadakan adalah di Grant Park, Chicago pada tahun 2017.

Namun, penganjur Pokémon GO, Niantic menghadapi kesukaran untuk mengadakan acara tersebut tahun ini disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Niantic telah memutuskan untuk mengadakan Pokémon GO Fest 2020 buat pertama kalinya secara digital untuk para pemain Pokémon GO seluruh dunia.

acara maya pokémon go fest 2020


Pokémon GO Fest 2020 akan berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Julai dari 10 pagi hingga 8 malam waktu tempatan.

Banyak konsep permainan baru bakal diperkenalkan di acara tahun ini untuk menjadikannya sebagai hujung minggu sosial yang menarik dan interaktif buat semua yang mengambil bahagian.


Jika anda seorang pemain Pokémon GO dan berminat untuk turut serta, anda boleh membeli tiket di kedai dalam aplikasi dengan harga US$14.99 (~RM64) ditambah cukai dan yuran yang berkenaan.




[embed]https://youtu.be/zq4L_t2u5R4[/embed]


Untuk maklumat lanjut tentang Pokémon GO Fest 2020, anda boleh layari laman web Pokémon GO Fest.