Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google nearby share

Google Mempertingkatkan ‘Nearby Share’, Akhirnya Setanding ‘AirDrop’

Diterbitkan April 20, 2022 oleh Nadiah Ab

Seperti pesaingnya AirDrop, Nearby Share dari Google adalah cara mudah untuk pengguna Android dan OS Chrome berkongsi fail dengan peranti lain. Turut dilaporkan Nearby Share akan menerima kemas kini baharu tidak lama lagi.

Ciri Nearby Share menggunakan sambungan Bluetooth dan Wi-Fi untuk menghantar gambar, video, pautan dan fail lain antara Android dan Chromebook.

Nearby Share juga berfungsi secara kedua-dua luar dan dalam talian.

Buat masa ini, apabila anda berkongsi fail dengan seseorang menggunakan Nearby Share, pihak penerima perlu membenarkan permintaan perkongsian anda.

Namun, tidak lama lagi, pengguna akan dapat berkongsi fail dengan cepat tanpa perlu meminta kebenaran.

Sebelum ini, tujuan pilihan untuk ‘Terima’ atau ‘Tolak’ dalam Nearby Share adalah untuk melindungi pengguna daripada kemungkinan serangan hasad.

Ini kerana ‘penyerang’ boleh dengan mudah memasukkan fail hasad atau mengeksploitasi peranti pengguna tanpa pengguna melakukan apa-apa.

Walau bagaimanapun, apabila pengguna ingin berkongsi fail antara peranti sendiri, permintaan kebenaran ini menjadi leceh dan merumitkan.

Oleh sebab itu, Nearby Share akan memudahkan pengguna berkongsi fail dengan lebih pantas merentasi peranti yang dilog masuk ke akaun Google yang sama tanpa perlu memberikan kebenaran menerusi mod “Self Share” baharu nanti.

Nearby Share's "self-share" mode will let you quickly share files to other devices signed into the same Google account without needing to approve the share.

This hasn't rolled out yet from what I can see, but it's present in the latest version of Google Play Services. https://t.co/wdtxoiE2oz

— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) April 19, 2022

Menurut ciapan oleh Mishaal Rahman, di bawah “Device visibility” dalam tetapan Nearby Share, pengguna akan melihat pilihan baharu yang dipanggil “Your devices.”

Apabila dipilih, pengguna akan dapat menikmati perkongsian fail dengan lancar antara peranti yang sudah dilog masuk ke akaun Google yang sama.

Fail yang dikongsi akan dimuat turun secara automatik pada peranti lain, tanpa perlu melalui proses permintaan kebenaran.

Sama-sama kita nantikan penambahbaikan ciri Nearby Share dari Google.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Cara Pindah Fail Dari Apple Ke Windows, Hanya Guna ‘Browser’
  • Google Play Protect Kini Akan Buang ‘Permission’ Pada Aplikasi Yang Tidak Digunakan
  • Cara Matikan Fungsi “In-app Purchasing” Pada Peranti Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY