Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dragon’s Dogma, Permainan Video Diadaptasi Menjadi Siri Netflix

Dragon’s Dogma, Permainan Video Diadaptasi Menjadi Siri Netflix

Diterbitkan Ogos 25, 2020 oleh Nadiah Ab

Dragon’s Dogma, Permainan Video Diadaptasi Menjadi Siri Netflix

Siri anime Dragon’s Dogma akan tiba di Netflix tidak lama lagi. Netflix mengumumkan di Twitter bahawa adaptasi dari permainan video aksi memburu naga dari Capcom itu akan dilancarkan pada 17 September.

Menurut keterangan plot Netflix, siri itu akan bermula di mana Dragon tidak menyerang selama lebih dari 100 tahun. Secara tiba-tiba, Dragon muncul kembali dan menyerang sebuah kampung kecil. Seorang penduduk kampung bernama Ethan cuba melindungi keluarganya, tetapi semuanya tidak berjalan lancar. Daripada mati, Ethan menjadi Arisen dan memulakan misi membunuh Dragon dengan bantuan Pawn, makhluk yang hanya wujud untuk memburu Dragon.

Only the Arisen can face the Dragon and defeat the apocalypse. Here's your first look at the anime series adaptation of Capcom's action fantasy classic Dragon's Dogma, arriving September 17th. pic.twitter.com/UxJMcUrsdp

— Netflix Geeked (@NetflixGeeked) July 14, 2020

Kisah Arisen yang cuba untuk membunuh Dragon hampir sama dengan plot permainan video yang asli, tetapi siri Netflix ini nampaknya menampilkan banyak karakter baru. Dalam misi untuk menentang Dragon, Ethan juga akan menghadapi pelbagai raksasa yang bertemakan tujuh dosa yang mematikan – juga tambahan baru untuk siri itu.

Siri Dragon’s Dogma dibawakan oleh Netflix oleh studio animasi Sublimation, salah satu studio animasi Jepun yang bekerjasama dengan Netflix tahun lepas. Sublimation mengkhususkan penggunaan animasi CG, namun Netflix mengumumkan bahawa siri itu akan bercampur dengan animasi 2D yang lebih tradisional juga.

Saksikan video acah siri Dragon’s Dogma yang baru sahaja ditayangkan oleh Netflix Asia di YouTube.

Nantikan siri anime ini yang bakal ditayangkan bermula 17 September 2020 di Netflix.

Sumber: Screenrant & Polygon

Baca lagi: 10 Siri Anime Terbaik Anda Boleh Tonton Di Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY