Salah satu kecurian kripto terbesar dalam dunia kripto dilaporkan berlaku. Sekumpulan penggodam berjaya mencuri mata wang kripto bernilai lebih US$600 juta (~RM2.5 bilion) daripada lejar digital yang digunakan oleh pemain permainan dalam talian popular, Axie Infinity.
Minat terhadap mata wang kripto semakin berkembang pesat, selaras dengan nilainya, tetapi wang itu juga menjadi sasaran menarik untuk pencuri yang mahir teknologi.
Ronin Network, perkhidmatan blockchain (rantaian blok) yang dikendalikan oleh pemilik Axie Infinity berkata serangan yang menyasarkan rantaian bloknya menjaringkan 173,600 eter dan stablecoin bernilai US$25.5 juta (~RM107 juta), aset digital yang disandarkan kepada dolar Amerika Syarikat.
Apabila kecurian kripto ini berlaku pada 23 Mac, nilainya berjumlah sehingga US$545 juta (~RM2.3 bilion).
Kemudian pada hari Selasa, nilai tersebut bertambah sehingga kira-kira US$625 juta (~RM2.6 bilion).
Pasukan di Sky Mavis, pembuat pertempuran dan permainan perdagangan Axie Infinity, menemui pelanggaran keselamatan (security breach) pada hari Selasa selepas mendapati pengguna tidak dapat mengeluarkan eter.
Ronin mengatakan mereka masih menyiasat penggodaman itu, tetapi mendakwa penggodam berjaya memperoleh “kunci” sulit untuk mengeluarkan dana digital.
Ronin juga berkata mereka sedang berusaha untuk menggunakan langkah dan proses keselamatan yang paling canggih untuk mencegah serangan di masa depan.
Dalam Axie Infinity, pemain mengambil bahagian dalam pertempuran menggunakan Axie seperti gumpalan berwarna-warni.
Mereka juga diberi ganjaran “Smooth Love Potion” (SLP) yang boleh ditukar dengan mata wang kripto atau wang tunai selain boleh dilaburkan semula ke dunia maya Lunacia dalam permainan tersebut.
Untuk bermainnya pula, pemain perlu membeli sekurang-kurangnya tiga Axie terlebih dahulu.
Sebagai konteks, Axie merupakan sejenis NFT. Seperti karya seni NFT, ia disimpan pada rantaian blok – lejar digital yang tidak boleh diubah.
Sumber: The Verge
Baca juga: