Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google

Industri Teknologi Jatuh, Syarikat Induk Google Jatuh Lebih $1 Bilion

Diterbitkan April 27, 2022 · Dikemas kini April 28, 2022 oleh Nadiah Ab

Saham syarikat induk Google, Alphabet jatuh semalam selepas syarikat itu tidak mencapai jangkaan pendapatan suku pertama.

Alphabet melaporkan pendapatan bersih $16.4 bilion (~RM71 bilion), atau $24.62 (~RM106.48) per saham.

Tahun lepas, Alphabet mencatat pendapatan tahunan sebanyak $257 bilion (~RM1.1 trilion) – kali pertama mencecah lebih $200 bilion selama setahun.

Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan pendapatan suku pertama tahun 2021 sebanyak $17.9 bilion (~RM78 bilion), pendapatan Alphabet jatuh lebih $1 bilion, kepada $16.4 bilion (~RM71 bilion).

Syarikat itu, bersama-sama dengan Microsoft, memulakan tahun pendapatan big-tech, pada waktu yang sukar untuk sektor itu.

Saham teknologi secara meluas, telah mengalami kemerosotan. Indeks Komposit Nasdaq turut jatuh 20% setakat ini, dan 11% dalam tempoh 12 bulan terkini, kerana pelabur bimbang tentang usaha Rizab Persekutuan untuk memerangi inflasi.

Netflix, salah satunya, juga baru-baru ini melaporkan penurunan pelanggan yang menyebabkan sahamnya jatuh.

Pendapatan perkhidmatan Google berjumlah $61.47 bilion (~RM268 bilion) – yang termasuk hasil pengiklanan $54.66 bilion (~RM238 bilion) dan hasil lain sebanyak $6.81 bilion (~RM30 bilion) – manakala hasil cloud mencecah $5.82 bilion (~RM25 bilion).

Ketua Pegawai Kewangan, Ruth Porat berkata, pertumbuhan pendapatan dalam perniagaan pengiklanan syarikat akan menghadapi perbandingan yang sukar pada suku kedua 2022.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Google Mempertingkatkan ‘Nearby Share’, Akhirnya Setanding ‘AirDrop’
  • Cara Memadam akaun Google Pada Chrome
  • Mungkin Ini Rupa Sebenar Jam Tangan Pintar Pertama Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY