Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Filem Tempatan “Temenggor” Ditayangkan Di Amazon Prime

Filem Tempatan “Temenggor” Ditayangkan Di Amazon Prime

Diterbitkan Ogos 12, 2020 · Dikemas kini Ogos 12, 2020 oleh Nadiah Ab

Filem Temenggor arahan Feisal Azizuddin dari Feisk Productions adalah sebuah filem tempatan yang dihasilkan pada tahun 2017. Baru-baru ini, filem ini menjadi salah satu dari segelintir filem tempatan yang ditayangkan di laman penstriman Amazon Prime.

Secara ringkas, Temenggor berkisar sekitar tahun 1800-an, di sebuah hutan yang tertua di dunia, Hutan Temenggor.

filem temenggor

Sinopsis Filem Tempatan “Temenggor”

Temenggor mengisahkan sebuah suku kecil yang bernama Ker Tiga, yang kebelakangannya menghadapi peristiwa-peristiwa aneh dan tidak diingini. Apabila seorang dukun dari suku ini, Mirna membuat ramalan, ketua mereka, Penghulu Prethip Ambu terpaksa melakukan tindakan.

Anak perempuan Penghulu, Tuila, juga anak dara terakhir yang tinggal, bertunang dengan Sa’arib, pahlawan dari suku Ker Tiga. Walau bagaimanapun, Tuila sebenarnya mencintai Yekub, seorang penduduk di kampung itu. Ibu Pemborang, isteri kepada Penghulu, mempunyai muslihatnya sendiri, berkomplot dengan dukun Mirna, untuk menguasai suku mereka.

Untuk menunaikan ramalan dukun, Penghulu tidak mempunyai pilihan selain menghantar anaknya Tuila untuk dikorbankan di Hutan Temenggor. Sa’arib, setia kepada Penghulu, bersetuju untuk melakukannya. Namun, keadaan menjadi rumit apabila Yekub berkeras untuk mengikutinya. Di sinilah bermulanya konflik dalam filem Temenggor. 

Malangnya, filem bajet rendah yang menampilkan barisan pelakon yang tidak dikenali ini tidak ditayangkan di Malaysia. Ini kerana penyiar tempatan tidak berminat dengan filem tempatan berbahasa Inggeris. Namun, ia masih tidak mematahkan semangat pengarah filem ini, iaitu Feisal Azizuddin.

Temenggor juga telah dinamakan semula kepada Temenggor: Curse Of A Thousand Moons untuk kebolehpasaran yang lebih baik.

Setelah ditolak oleh syarikat penyiaran tempatan, pada bulan Julai 2020, Temenggor diterima oleh Amazon Prime. Filem ini telah mula disiarkan di Amerika Syarikat dan Britain.

Feisal juga berharap karya Temenggor dapat diterima oleh penonton lebih-lebih lagi masyarakat Malaysia.

Filem fantasi tempatan Temenggor: Curse Of A Thousand boleh ditonton melalui Amazon Prime. Anda juga boleh mengikuti laman Instagram Temenggor untuk maklumat lebih lanjut.

Jom sokong industri filem tempatan!

Sumber: The Star

Baca lagi: Filem-Filem Tempatan Terbaik Anda Wajib Tonton Di Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY