Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store Nampaknya Akan Terima Logo Baharu

Google Play Store Nampaknya Akan Terima Logo Baharu

Diterbitkan Julai 8, 2022 oleh Nadiah Ab

Kali terakhir Google menukar logo Play adalah pada tahun 2016 dan lebih enam tahun kemudian, Google Play Store akan menerima logo baharu lagi.

Logo Google Play baharu ini masih berbentuk segi tiga, namun dengan sudutnya yang lebih bulat berbanding dengan yang kini.

google play store
Logo kini.
google play store
Logo baharu.

 

Sementara itu, empat warna yang digunakan lebih sejajar dengan empat warna Google, dan lebih gelap.

Warna biru dan hijau kelihatan lebih suram, manakala garisan dalaman telah diubah suai supaya lebih sama saiz setiap bahagian.

Buat masa ini, tidak diketahui bila Google akan memperkenalkan logo Play Store baharu.

Terdahulu, Google Play baru sahaja mengalih keluar tab Filem & TV, manakala berkemungkinan akan mengeluarkan sekali Play Books untuk menjadikan Gedung Play tertumpu sepenuhnya pada aplikasi Android.

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY