Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pokemon Go Akan Hentikan Sokongan Untuk iPhone Model Lama

Pokemon Go Akan Hentikan Sokongan Untuk iPhone Model Lama

Diterbitkan Januari 12, 2018 ยท Dikemas kini Januari 12, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pokemon Go merupakan salah satu permainan hangat dan telah dimuat turun jutaan kali pada platform Android dan juga iOS. Meskipun kini ia kelihatan sedikit suram, namun masih ada juga peminat setia yang masih tertunggu-tunggu setiap kemaskini yang dikeluarkan pembangun aplikasi permainan tersebut.

Walaupunbegitu, terdapat berita sedih untuk pemilik iPhone model lama, dimana menurut pembangun Pokemon Go, kemaskini untuk beberapa model akan dihentikan bermula 28 Februari akan datang.

Berikut adalah adalah senarai model yang akan dihentikan sokongan Pokemon Go:

  • iPhone 5c
  • iPhone 5
  • iPad (Generasi ke-4)
  • iPad (Generasi ke-3)
  • iPad mini (Generasi pertama)
  • iPad 2

Pokemon Go masih boleh dimainkan pada iPhone 5s, iPhone 6 dan keatas. Kepada pemain Pokemon Go dengan iPhone yang terlibat apa tindakan anda? Beli telefon pintar baru atau cari permainan baru?

Sumber: LifeHacker

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
©2026 WISER.MY