Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO Pad C1

POCO Pad C1 Kini Di Malaysia – Tablet Skrin 2K 120Hz Dan Snapdragon 6s Gen 2 Pada Harga Dari RM599

Diterbitkan Mei 21, 2026 · Dikemas kini Mei 21, 2026 oleh Amsyar Latif

POCO hari ini mengembangkan lagi ekosistem AIoT miliknya di Malaysia dengan melancarkan tablet bajet terbaharu, POCO Pad C1. Direka untuk memenuhi keperluan hiburan dan tugasan harian secara mudah alih, tablet ini menawarkan reka bentuk nipis berasaskan binaan unibodi logam premium yang ringan serta telah melepasi lebih 40 ujian kualiti yang ketat bagi memastikan ketahanan penggunaan jangka panjang.

Tablet ini dilengkapi skrin bersaiz 9.7 inci beresolusi 2K yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan tahap kecerahan puncak sehingga 600 nits untuk paparan yang jelas walaupun di bawah cahaya terang.

POCO Pad C1 KSP Xiaomi HyperOS_RGB_WH 1080X1350

Bagi menjaga kesihatan mata pengguna, skrin ini turut menerima tiga pengiktirafan perlindungan mata daripada TÜV Rheinland. Di bahagian janaan kuasa, POCO Pad C1 dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 6s 4G Gen 2, dipadankan dengan pilihan memori sehingga 6GB RAM serta storan dalaman yang boleh dikembangkan menggunakan kad microSD sehingga 2TB.

Satu lagi kelebihan utama tablet ini ialah kapasiti bateri gergasi 7,600mAh yang mampu bertahan sehingga 1.7 hari penggunaan. Ia turut menyokong pengecasan pantas 18W, selain dilengkapi keupayaan pengecasan berbalik 10W yang membolehkannya berfungsi sebagai power bank mudah alih untuk peranti lain.

Dari segi perisian, ia dijalankan di atas sistem operasi Xiaomi HyperOS 3 yang menyokong ciri interaksi ekosistem Xiaomi Interconnectivity, serta disuntik dengan fungsi pintar Google Gemini dan Circle to Search.

Di Malaysia, POCO Pad C1 hadir dalam dua pilihan warna iaitu Grey dan Blue. Ia boleh dibeli bermula hari ini, 21 Mei, menerusi platform mi.com serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop dengan tawaran harga promosi pengenalan bermula serendah RM549.

POCO Pad C1 KV_1080x1350

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY