Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PMX dan CEO NVIDIA

PM Anwar Tegaskan Komitmen Jadikan Malaysia Peneraju AI Serantau Menjelang 2030

Diterbitkan Oktober 31, 2025 · Dikemas kini Oktober 31, 2025 oleh ariff bukhari

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Jensen Huang yang merupakan pertemuan kali kedua mereka selepas bertemu di Putrajaya.

Pertemuan itu turut disertai Pengarah Urusan YTL Power, Dato’ Yeoh Seok Hong.

Dalam pertemuan sebelum ini, pelaburan bernilai RM10 bilion telah pun diumumkan bagi pembangunan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) berasaskan tenaga hijau yang  membawa kepada penubuhan Pejabat AI Kebangsaan dan pelancaran ILMU, hinggalah kejayaan pembinaan pusat data AI bertaraf dunia di Kulai, Johor hasil kolaborasi YTL Power dan NVIDIA.

Photo1_NVIDIA YTL PMO

Pelaburan ini menandakan komitmen kukuh antara Malaysia, NVIDIA dan YTL Power dalam membina masa depan digital berdaya saing serta memperkukuh agenda Sovereign AI negara.

PMX menegaskan tekad untuk menjadikan negara sebagai peneraju AI menjelang 2030 — bukan sekadar pengguna, tetapi pencipta nilai dan pemacu inovasi ekonomi.

Pembangunan AI berdaulat juga penting bagi memastikan kedaulatan digital, keselamatan data dan etika teknologi.

Perdana Menteri turut menghargai sumbangan NVIDIA dan YTL dalam mempercepatkan agenda AI MADANI yang inklusif, beretika dan mampan.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Trump Arah AS Mulakan Ujian Senjata Nuklear
  • Nvidia Bekal 260,000 Cip Tercanggih Ke Korea Selatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY