Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digital fingerprint security concept, binary digits background

PM Gesa Projek ID Digital Dipercepatkan

Diterbitkan Ogos 29, 2023 · Dikemas kini Ogos 29, 2023 oleh ariff bukhari

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya pelaksanaan Projek Pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) di bawah Jabatan Pendaftaran Negara  perlu dipercepatkan sebagai langkah keselamatan berkaitan maklumat individu yang lebih selamat.

Gesaan itu dibuat beliau ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang pertama bagi tahun 2023.

ID Digital Nasional (IDN) bertujuan untuk mewujudkan suatu platform pengesahan yang dipercayai (‘Verifiable Platform of Trust’) yang bakal dimanfaatkan oleh sektor awam dan swasta dalam mengesahkan identiti pengguna masing-masing semasa melakukan transaksi digital.

IDN disasarkan kepada semua warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang berusia 5 tahun dan ke atas.

Tetapi perlu difahami bahawa IDN tidak akan menggantikan penggunaan dan fungsi MyKad, sebaliknya ia adalah merupakan nilai tambah (added value) dalam memperkukuhkan pelaksanaan dan keselamatan MyKad sedia ada.

Antara ciri-ciri utama IDN adalah tambahan data biometrik baharu seperti cap jari, iris dan facial recognition, membolehkan pengesahan identiti secara nyata dan dalam talian serta perkhidmatan e-KYC dan satu IDN untuk setiap individu dan kekal untuk sepanjang hayat.

Berkaitan

  • Pengguna Masih Keliru Dengan Identiti Digital Kebangsaan
  • Elak Penipuan dalam Talian, Digital ID Akan Dilaksana Sepenuhnya Pada 2024
  • 7 Perkara Tentang Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam Yang Anda Harus Tahu

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
©2026 WISER.MY