7 Perkara Tentang Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam Yang Anda Harus Tahu

Kerajaan telah mengumumkan Insentif Pascabayar (Postpaid) RAHMAH Penjawat Awam awal Ogos lalu bersama Pakej 5G Rahmah.

Insentif ini akan dilaksanakan mulai 16 September 2023 iaitu Hari Malaysia dan khas untuk kakitangan kerajaan.

Pakej 5G Rahmah pula akan dilaksanakan pada Hari Kebangsaan iaitu 31 Ogos 2023.

Tatal ke bawah untuk ketahui lanjut.

Apa itu Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam?


apa itu insentif rahmah penjawat awam

Program ini menawarkan rebat RM10 sebulan selama 12 bulan bagi pelan pascabayar bernilai RM60 dan ke atas (tidak termasuk cukai perkhidmatan).

Ia terhad untuk penjawat awam.

Syarikat telekomunikasi terlibat ialah Maxis, CelcomDigi, U Mobile, Unifi dan Yes.

Semua kakitangan kerajaan layak mohon?


Ya, semua penjawat awam di bawah Kerajaan Persekutuan, Negeri dan pihak berkuasa tempatan layak mendapat insentif ini.

Akan tetapi, ia tidak terpakai untuk pakej yang dilanggan secara berkumpulan melalui Kementerian/Jabatan/kelab/persatuan (enterprise package) kerana ia sudah diberi rebat/diskaun.

Jadi, jika anda penjawat awam yang melanggan secara peribadi atau untuk keluarga, bukan melalui enterprise package, anda layak memohonnya.

Kalau saya baru nak langgan pelan pascabayar, boleh ke?




Boleh. Anda boleh berhubung atau daftar secara bersemuka dengan pusat jualan syarikat telekomunikasi yang anda mahu.

Saya memang sedang pakai pelan pascabayar sekarang. Adakah saya juga layak?


Ya, anda layak sekiranya pelan tersebut bernilai RM60/bulan dan ke atas. Anda juga boleh rujuk dengan pihak telco untuk maklumat lanjut.

Tapi, pakej pascabayar saya dalam kontrak 12/24/36 bulan, boleh ke?


Untuk hal ini, anda perlu rujuk syarikat telco.

Ada had langganan?


Setiap pelanggan hanya layak mendapat 1 kali pemberian insentif.

{suggest}

Bila saya boleh daftar?


Insentif ini mula ditawarkan pada 16 September 2023 hingga 31 Disember 2023.

Anda boleh berhubung dengan telco untuk maklumat lanjut tentang permohonan atau pendaftaran.