Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ID DIGITAL NASIONAL 4

Elak Penipuan dalam Talian, Digital ID Akan Dilaksana Sepenuhnya Pada 2024

Diterbitkan Oktober 20, 2021 oleh Amsyar Latif

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam acara sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-73, kerajaan akan mula melaksanakan Identiti Digital Nasional (IDN) atau Digital ID sepenuhnya pada tahun 2024.

Namun, beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan tersebut tidak menjejaskan atau menggantikan MyKad sebagai dokumen pengenalan diri.

Akan tetapi ia merupakan bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital dengan menggunakan teknologi terkini biometrik yang merangkumi cap jari, pengecaman wajah dan ‘iris’ bagi tujuan rakyat menjalankan urusan dalam talian.

Selain itu, IDN ini juga penting dalam mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian. Malah, melaluinya ia turut dapat membuat semakan serta pengesahan individu warganegara dengan mudah dan tepat.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pernah mengatakan bahawa IDN ini secara tidak langsung dapat membanteras MyKad palsu yang digunakan secara berleluasa.

Sumber: astro awani

Baca juga:

  • Pengguna Masih Keliru Dengan Identiti Digital Kebangsaan

  • Majoriti Rakyat Malaysia Menunjukkan Minat Untuk Menggunakan NDID

  • MyKad Digital Akan Diperkenal Tahun Ini Untuk Banteras MyKad Palsu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY