Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MLFF_Green Packet

Sistem Tol Tanpa Palang Hanya Dijangka Bermula Seawal 2027

Diterbitkan Julai 31, 2025 oleh Amalina Athman

Sistem tol tanpa palang atau Multi Lane Free Flow (MLFF) dijangka hanya akan mula dilaksanakan paling awal pada 2027.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Azman Ibrahim, proses ini melibatkan beberapa perkara termasuk libat urus dengan pihak berkepentingan, kemungkinan permintaan untuk cadangan (RFP) oleh konsesi lebuh raya, serta penubuhan badan kawal selia di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk memantau sistem tersebut.

“Mengambil kira semua aspek ini, pelaksanaan dijangka berlaku paling awal pada tahun 2027,” katanya seperti yang dipetik dalam laporan terbaharu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Idea untuk melaksanakan sistem kutipan tol tanpa palang di Malaysia bukanlah perkara baharu. Ia mula dibangkitkan hampir dua dekad lalu oleh mendiang Tun S. Samy Vellu ketika beliau memegang jawatan Menteri Kerja Raya pada pertengahan 2000-an.

Ketika itu, sistem ini dilihat sebagai cara untuk melancarkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di plaza tol. Kenderaan dapat melepasi laluan tol tanpa perlu berhenti dengan bantuan teknologi seperti pengecaman nombor plat automatik (ANPR) dan tag RFID.

Namun begitu, walaupun sudah beberapa kali diumum dan diuji secara percubaan, pelaksanaan MLFF masih tertangguh. Antara halangan utama ialah penolakan daripada pihak industri serta pertindihan dalam perjanjian konsesi lebuh raya sedia ada.

Berkaitan

  • Rundingan Tamat, Hala Tuju Pelaksanaan Sistem Tol Tanpa Palang Akan Dibawa Ke Kabinet
  • PLUS Dijangka Mula Ujian Rintis Sistem Tol Tanpa Palang Menjelang April
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • Sekitar 50KM Lebuh Raya Tiada Liputan, Kerajaan Tubuh Pasukan Khas LLM-MCMC

Sumber: The Edge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
©2026 WISER.MY