Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tol PLUS Jambatan Pulau Pinang

PayDirect TNG Akan Mula Digunakan Di Lebuhraya PLUS Tak Lama Lagi

Diterbitkan September 22, 2025 · Dikemas kini September 22, 2025 oleh Amalina Athman

PLUS Malaysia Berhad telah diarahkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk melaksanakan sistem Account Based Transaction (ABT) atau lebih dikenali sebagai ‘PayDirect by TNG eWallet’ di lebuh raya kendaliannya, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Menerusi surat LLM kepada PLUS yang dilihat oleh Paultan.org, syarikat konsesi itu diarahkan untuk membentangkan status projek rintis ABT bagi laluan Hutan Kampung-Sungai Dua di Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) serta Jambatan Pulau Pinang.

PLUS juga diminta mengemukakan pelan pelaksanaan ABT di semua lebuh raya kendaliannya.

Selain itu, PLUS perlu menyemak semula laporan dalaman bersama LLM sebelum 23 September. Seterusnya, LLM telah menetapkan tempoh antara 29 September hingga 3 Oktober bagi menjalankan ujian Test on Completion (TOC) untuk ABT di laluan utama PLUS, merangkumi tol Juru di Pulau Pinang hingga ke Skudai di Johor.

Sebagai rujukan, ura-ura mengenai pelaksanaan PayDirect di lebuh raya kendalian PLUS mula kedengaran sejak 2019, iaitu tahun sistem itu mula diperkenalkan. Pada Februari lalu, Touch ’n Go sekali lagi memaklumkan bahawa integrasi bersama PLUS hampir mendapat kelulusan dan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pelaksanaan ABT ini dijangka dapat mengurangkan masalah baki tidak mencukupi di plaza tol, sekali gus membantu melancarkan aliran trafik di lebuh raya.

Berkaitan

  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol
  • Tol Tanpa Palang Makin Hampir, PLUS Uji Pembayaran Tol Guna Nombor Plat Oktober Ini
  • PLUS Kini Sedia 112 Poin Pengecas EV - Ini Senarai Lokasi & Bilangannya
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY