Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS VR2 adapter

PlayStation VR2 Kini Boleh Diguna Di PC, Tetapi Ada ‘Syarat’ Yang Perlu Dipenuhi

Diterbitkan Jun 4, 2024 ยท Dikemas kini Jun 4, 2024 oleh Amsyar Latif

PlayStation VR2 (PS VR2) dilancarkan secara rasmi pada tahun lepas di mana ia merupakan peranti VR generasi kedua yang menawarkan pengalaman lebih imersif kepada pengguna.

Namun, sebelum ini ia terhad untuk pengguna konsol PlayStation 5 (PS5) sahaja. Bagaimanapun, PlayStation kini mengumumkan bahawa PS VR2 boleh digunakan untuk komputer (PC) dengan memperkenalkan alat suai (adapter) untuknya.

Sekali gus, pengguna boleh memainkan beberapa judul permainan VR di Steam seperti Half-Life: Alyx, Fallout 4 VR, War Thunder dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, ada “syarat” tertentu bagi membolehkan anda memainkannya di PC. Pertama sekali, ia dijual pada harga $59.99 (~RM281.56) dan anda juga perlu mempunyai (beli secara berasingan) kabel DisplayPort (DP) yang menyokong DP 1.4.

PS VR2 adapter

Seterusnya, PC anda perlu memenuhi sekurang-kurangnya spesifikasi yang ditetapkan PlayStation:

  • Sistem operasi: Windows 10 64-bit / Windows 11 64-bit
  • CPU: Intel Core i5-7600 / AMD Ryzen 3 3100 (Zen 2 atau terbaru)
  • RAM: 8GB atau lebih
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX 1650 atau terbaru / NVIDIA siri RTX / AMD Radeon RX5500XT atau terbaru / AMD Radeon RX6500XT atau terbaru. (PlayStation mencadangkan guna NVIDIA RTX 3060 atau terbaru / AMD Radeon RX 6600XT atau terbaru)
  • DisplayPort: DisplayPort 1.4 (perlu ada port DisplayPort standard atau output mini DisplayPort)
  • USB: Sambungan secara terus
  • Bluetooth: Bluetooth 4.0 atau terbaru

Setup is easy: simply connect PlayStation VR2 to your PC using the PS VR2 PC adapter and the DisplayPort 1.4 cable. Then, download the PlayStation VR2 App and the SteamVR App from Steam. This will allow you to set up PS VR2 on your PC, customize your settings and play area, and start purchasing and playing games in SteamVR.

Menurut PlayStation, cara menggunakannya di PC juga mudah. Hanya sambungkan PS VR2 di PC menggunakan alat suai tersebut dan kabel DP 1.4. Kemudian, muat turun aplikasi PS VR2 dan aplikasi SteamVR dari Steam. Ini membolehkan anda untuk sesuaikan mengikut tetapan yang anda mahukan.

Sekiranya anda berminat, alat suai PS VR2 ini akan tersedia untuk dibeli bermula 7 Ogos 2024.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Siri AMD Ryzen 9000 Diumum, Cip Pertama Dengan Seni Bina Zen 5
  • AMD Umum Siri Ryzen AI 300 - Zen 5, 50 TOPS XDNA 2, Lagi Pantas Dari Snapdragon X

Sumber: PlayStation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY