Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD COMPUTEX

Siri AMD Ryzen 9000 Diumum, Cip Pertama Dengan Seni Bina Zen 5

Diterbitkan Jun 3, 2024 · Dikemas kini Jun 3, 2024 oleh Amsyar Latif

AMD dalam acara Computex hari ini membuka tirai mereka dengan mengumumkan beberapa barisan produk baharu untuk komputer. Salah satu daripadanya adalah siri Ryzen 9000, cip pertama Zen 5.

Cip pemprosesan untuk komputer meja ini menyasarkan golongan gamer dalam memainkan permainan e-sukan sehinggalah berjudul AAA.

Selain itu, ia juga sesuai untuk pencipta kandungan dalam proses pembikinan model 3D, animasi, penyuntingan video dan lain-lain.

Siri AMD Ryzen 9000 Diumum, Cip Pertama Dengan Seni Bina Zen 5

Walaupun ia menggunakan seni bina Zen 5 baharu, cip pemprosesan tersebut masih lagi digunakan pada soket AM5 yang menawarkan sokongan PCIe Gen 5 dan DDR5. AMD pun mengatakan soket ini mampu bertahan serta mendapat sokongan sehingga 2027 dan seterusnya.

AMD soket AM5 baharu

Seiring dengannya, AMD turut memperkenalkan cip papan induk baharu khas untuk siri Ryzen 9000, iaitu X870E dan X870. Masing-masing menyokong PCIe 5.0, DDR5, USB4 dan WiFi 7. Malah, juga menyokong teknologi AMD EXPO yang jauh lebih pantas buat penggemar overclock.

Siri AMD Ryzen 9000 Diumum, Cip Pertama Dengan Seni Bina Zen 5

Apa-apa pun, berikut adalah spesifikasi bagi cip siri Ryzen 9000:

  • AMD Ryzen 9 9950 – 16 teras, 32 bebenang, sehingga 5.7 GHz, 170W TDP
  • AMD Ryzen 9 9900X – 12 teras, 24 bebenang, sehingga 5.6 GHz, 120W TDP
  • AMD Ryzen 7 9700X – 8 teras, 16 bebenang, sehingga 5.5 GHz, 65W TDP
  • AMD Ryzen 5 9600X – 6 teras, 12 bebenang, sehingga 5.4 GHz, 65W TDP

Dalam pada itu, AMD tidak melupakan platform AMD di mana mereka mengumumkan ahli baharu untuk cip komputer meja siri Ryzen 5000, iaitu Ryzen 9 5900XT dan Ryzen 7 5800XT.

Ryzen 9 5900XT hadir dengan 16 teras, 32 bebenang, menyokong sehingga 4.8 GHz dan kuasa 105W TDP. Sementara Ryzen 7 5800XT pula, 8 teras, 16 bebenang, kelajuan CPU sehingga 4.8 GHz dan kuasa 105W TDP.

Buat masa sekarang, AMD tidak mengumumkan harganya lagi tetapi siri Ryzen 9000 dan juga siri Ryzen 5000 akan tersedia bermula Julai depan.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari

Sumber: Siaran Media AMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY