Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia

Diterbitkan Jun 25, 2024 · Dikemas kini Jun 25, 2024 oleh Amsyar Latif

Selain daripada kecerdasan buatan (AI), peranti set kepala (headset) juga makin meningkat naik. Lebih-lebih lagi pengkomputeran reruang (spatial), seperti Apple Vision Pro.

Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia

Terbaru, Play For Dream Technology, syarikat teknologi hiburan reruang (spatial) terkemuka di Shanghai kini mengumumkan kehadirannya di rantau Asia-Pasifik di mana ibu pejabat pemasarannya di Singapura.

Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia

Bersempena penembusan mereka ke pasaran rantau ini, mereka melancarkan komputer spatial berasaskan Android pertama di dunia, iaitu Play For Dream MR.

Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia
Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia
Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia

MR merujuk kepada realiti campuran (Mixed-Reality) di mana set kepala ini menawarkan pengalaman hiburan reruang menerusi permainan MR, video, fotografi spatial 3D dan produktiviti kerja.

Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia
Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia

Ia juga dibangunkan dengan kerjasama IMAX dan DTS yang mana Play For Dream mahu memberikan pengalaman menarik kepada pengguna kerana peranti ini turut hadir dengan DTS:X Ultra. Jadi, skrinnya boleh dikembangkan sehingga 1000 inci dan juga pengalaman audio saluran 7.1.

Play For Dream MR peranti pertama dikuasakan cip Snapdragon XR2+ Gen 2, memori 16GB LPDDR5X serta storan dalaman 512GB/1TB UFS 3.1

Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia

Set kepala ini dilengkapi skrin 8K Mikro-OLED dengan penggunaan optik resin Pancake, 27 juta piksel, 3882 PPI, gamut warna 92% DCI-P3, pusat kawasan piksel per darjah (PPD) sehingga 45 dan medan penglihatan (FOV) 103°.

Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia
Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia

Ia juga mempunyai 11 kamera, 7 jenis sensor dan 22 LED inframerah. Antara kamera dan sensornya seperti 6DoF, pengesanan mata, giroskop, pengesanan isyarat dan sensor kedalaman.

Rekaan set kepala ini ergonomik dan juga futuristik. Tebalnya hanya 33mm yang sekali gus jauh lebih nipis berbanding pendahulunya. Beratnya pula hanya 288g (unit utama) dan tidak termasuk berat bateri, tali kepala dan penutup muka. Sementara, pengagihan beratnya adalah 3:2 agar lebih selesa apabila dipakai.

Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia
Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia
Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia
Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia
Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia
Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia
Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia

Di dalamnya lagi, ada bateri terbina dan untuk memanjangkan lagi masa penggunaan, ia juga disertakan dengan pilihan untuk bank kuasa (power bank) luaran.

Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia
Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia

Untuk interaksi, ada juga alat kawalan yang boleh dicas semula. Alat kawalan ini merupakan pengawal 6DoF bebas Halo. Malah, set kepala ini juga menyokong aksesori papan kekunci dan juga tetikus dalam kemas kini akan datang. Lain-lain sambungan ialah Bluetooth 5.3 dan Wi-Fi 7.

Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia

Tambahan lagi, peranti ini menjalankan DreamOS berasaskan Android yang juga menggabungkan pengkomputeran reruang dengan AI. Ia kini menawarkan 300 aplikasi ekosistem di kedainya. Jangan risau, ia juga menyokong Steam VR.

Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia
Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia
Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia

Buat pengetahuan anda, Play For Dream Technology baru lagi ditubuhkan, iaitu pada tahun 2020 yang memang memfokuskan pengkomputeran reruang. Setakat ini, mereka sudah melancarkan tiga peranti (termasuk Play For Dream MR) dalam masa empat tahun.

Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia

Walau bagaimanapun, Play For Dream MR ini belum mempunyai harga rasminya lagi tetapi ia akan dijual pada harga USD1X99.

Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia

Berita baik, Play For Dream MR akan tersedia di Singapura dan juga Malaysia pada Oktober 2024 tetapi harga akan diumumkan kelak.

Sementara mereka juga merancang untuk melancarkannya di Thailand, Indonesia, Vietnam dan Jepun pada tahun 2025.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY