Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Platform Penipuan Guna Nombor Telefon 80 Negara Dibongkar

Platform Penipuan Guna Nombor Telefon 80 Negara Dibongkar

Diterbitkan Oktober 21, 2025 oleh ariff bukhari

Polis Latvia, dengan kerjasama Europol, Eurojust, Austria dan Estonia, berjaya membongkar infrastruktur SIMbox yang digunakan untuk penipuan dalam talian (SIMcartel).

Operasi itu yang turut dirakam berjaya menahan seramai 5 warga Latvia atas kesalah menyalahgunakan platform komunikasi untuk mencipta akaun palsu secara besar-besaran.

Platform tersebut membolehkan penggunaan nombor telefon dari lebih 80 negara, menghasilkan kira-kira 50 juta akaun palsu yang digunakan dalam lebih 160 perkhidmatan atas talian.

Platform Penipuan Guna Nombor Telefon 80 Negara Dibongkar

Sekurang-kurangnya 3,200 mangsa terjejas, dengan kerugian mencecah €5 juta — termasuk €4.5 juta di Austria dan €420,000 di Latvia.

Pihak berkuasa di sana merampas 1,200 peranti SIMbox, 40,000 kad SIM, lima pelayan, dua laman web, empat kereta mewah, wang tunai dan mata wang kripto. Operasi ini turut menahan suspek yang dikehendaki Estonia atas kesalahan lain.

Siasatan lanjut sedang dijalankan di Latvia, Austria dan Estonia bagi mengenal pasti rangkaian jenayah yang lebih luas.

Berkaitan

  • Manipulasi Kod QR Jadi Taktik Scammer Curi Maklumat Sensitif
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • UAE Rekod Kelajuan Penghantaran Data 200Gbps Dengan Gentian Optik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY