Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saturn and its Rings

Zuhal Dan Bulan-Bulannya Akan Dapat Dilihat Di Langit Kuala Lumpur Malam Ini

Diterbitkan September 8, 2024 · Dikemas kini September 10, 2024 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia memaklumkan, akan berlaku peristiwa planet Zuhal (Saturn) berada pada kedudukan istiqbal (opposition), iaitu kedudukan Zuhal berada tepat bertentangan dengan Matahari (dengan merujuk kepada Bumi).

istiqbal zuhal

MYSA berkata, di langit Kuala Lumpur, planet Zuhal akan kelihatan sepanjang malam di buruj Aquarius.

Ia boleh disaksikan bermula jam 08:01 malam, pada ketinggian 10° di atas ufuk timur sehingga jam 06:28 pagi keesokan harinya pada ketinggian 10° di atas ufuk barat.

MYSA menyatakan, semasa peristiwa itu Zuhal dan bulan-bulannya akan dapat disaksikan di Kuala Lumpur dengan menggunakan teleskop pada malam ini (8 September 2024), jam 11.10 malam.

istiqbal zuhal
Ilustrasi planet Zuhal dan bulan-bulannya pada malam ini. Jika menggunakan mata kasar, Zuhal akan kelihatan seperti titik kekuningan yang terang dan tidak berkelip. Sekiranya anda ingin memerhatikan sistem gegelang Zuhal, penggunaan teleskop adalah sangat digalakkan.

Pada jam 01:08 pagi, 9 September 2024, planet Zuhal akan berada di kedudukan paling tinggi iaitu pada ketinggian 79°.

Orang awam juga boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan lain-lain untuk menyemak waktu planet Zuhal terbit dan terbenam di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu kenampakan planet tersebut.

Zuhal Dan Bulan-Bulannya Akan Dapat Dilihat Di Langit Kuala Lumpur Malam Ini

Zuhal merupakan planet keenam dan kedua terbesar selepas Musytari dalam sistem suria. Ia merupakan planet paling jauh dapat dilihat dari Bumi dengan mata kasar.

Zuhal mempunyai 82 bulan, 6 yang utama adalah Titan, Rhea, Lapetus, Dione, Tethys dan Enceladus.

Titan merupakan bulan terbesar di Zuhal dan kedua terbesar dalam sistem suria, lebih besar daripada bulan di Bumi.

Zuhal juga adalah antara 4 planet bergas selain Musytari, Uranus dan Neptun yang mempunyai gelang mengelilinginya.

Sistem gelang Zuhal adalah paling hebat dan menarik, terdiri daripada ketulan ais dan batu pelbagai saiz.

Mempunyai 7 gelang dengan beberapa bahagian yang renggang, terbesar adalah Renggang Cassini (Cassini Division) dan yang lebih kecil adalah Renggang Enckle (Enckle Division).

Berkaitan

  • Siapa Yang Sempat Melihat Sendiri Fenomena 'Konjungsi Musytari Dan Zuhal'?
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY