Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siapa Yang Sempat Melihat Sendiri Fenomena ‘Konjungsi Musytari Dan Zuhal’?

Siapa Yang Sempat Melihat Sendiri Fenomena ‘Konjungsi Musytari Dan Zuhal’?

Diterbitkan Disember 24, 2020 · Dikemas kini Disember 24, 2020 oleh ariff bukhari

Beberapa hari lalu iaitu pada 21 Disember 2020, telah berlakunya satu fenomena astronomi istimewa yang dikenali sebagai ‘Konjungsi Musytari Dan Zuhal’.

Fenomena alam itu merujuk kepada kedudukan planet Musytari dan Zuhal yang kelihatan sejajar dan berada paling dekat dan menghampiri antara satu sama lain.

Fenomena tersebut menyebabkan kedua-dua planet itu kelihatan seolah-olah sebagai satu objek cerah apabila dilihat dengan mata kasar.

Siapa Yang Sempat Melihat Sendiri Fenomena ‘Konjungsi Musytari Dan Zuhal’?
Rakaman foto fenomena konjungsi Musytari dan Zuhal pada 21 Disember lalu yang dikongsikan oleh pengguna FB: Kredit: Roslina Hussain

Fenomena yang sangat jarang berlaku ini dilaporkan pernah direkodkan berlaku pada tahun 1623 atau kira-kira 397 tahun lalu iaitu ketika zaman Galileo Galilei.

Jika anda terlepas pengalaman melihat sendiri fenomena konjungsi Musytari dan Zuhal ini, anda bolehlah saksikannya sendiri nanti yang dijangka akan berlaku dalam tahun 2080 nanti iaitu 60 tahun dari sekarang.

Di sini dikongsikan sedikit info menarik tentang planet Zuhal dan Musytari:-

Planet Zuhal

  • Zuhal merupakan planet keenam dan kedua terbesar selepas Musytari dalam sistem suria.
  • Zuhal merupakan planet paling jauh yang dapat dilihat dengan mata kasar dari Bumi.
  • Jika Bumi mempunyai 1 bulan sahaja, planet Zuhal mempunyai 82 bulan.
  • Sistem gelang Zuhal mempunyai tujuh gelang dengan beberapa bahagian yang renggang yang terdiri daripada ketulan ais dan batu pelbagai saiz. Sekaligus menjadikan sistem gelang Zuhal sebagai paling hebat dan menarik.
  • 10.7 jam adalah bersamaan satu hari planet Zuhal
  • Saiz Zuhal adalah 9 kali ganda lebih besar dari Bumi

Planet Musytari

  • Musytari merupakan planet ke-5 dan yang terbesar dalam sistem suria
  • Musytari mempunyai 79 bulan
  • 10 jam adalah bersamaan satu hari planet Musytari.
  • Saiz Musytari adalah 11.2 kali ganda lebih besar dari Bumi

Sumber: MOSTI, MySA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY